Zionis asyik dakwa jumpa terowong Hamas, betulkah?

Zionis asyik dakwa jumpa terowong Hamas, betulkah?

GAZA: Tentera Israel mendakwa pihaknya sudah menemui terowong terbesar pejuang Hamas berhampiran persimpangan sempadan Erez ketika melancarkan serangannya di Gaza, yang cukup besar untuk dimasuki kenderaan kecil.

Israel berkata terowong itu menelan kos jutaan dolar dan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina kerana turut mempunyai rel, elektrik, saliran dan rangkaian komunikasi.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkatau pasukannya turut menemui senjata di dalam sebuah terowong yang digunakan pejuang Hamas bagi menyerang tenteranya di Shejaia, pinggir Bandar Gaza.

Pihak berkuasa Israel juga memusnahkan depoh senjata Hamas di dalam rumah salah seorang pejuangnya pinggir Bandar Gaza.

Tembakan kereta kebal Israel pula memusnahkan wad bersalin di Hospital Nasser di Khan Younis, mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun.

Tentera Israel mendakwa berjaya membunuh tujuh pejuang Hamas dalam serangan udara di Khan Younis dan menemui alat ganti bagi menghasilkan roket serta tiga terowong dekat sebuah sekolah yang dijadikan pusat perlindungan.

Dalam pada itu, tentera Israel berkata, seramai 121 askarnya terkorban dalam operasi darat yang bermula lewat Oktober lalu akibat pengeboman udara dan artileri tanpa henti.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan seramai 1.9 juta penduduk Gaza atau sekitar 80 peratus kehilangan tempat tinggal akibat perang berkenaan.

Ketua Agensi PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini berkata beliau tidak terkejut sekiranya penduduk di Gaza mula mati kelaparan atau kerana gabungan kelaparan, penyakit dan imuniti yang lemah.

Mereka juga menghadapi gangguan komunikasi secara berulang, namun semalam firma telekomunikasi utama Gaza berkata perkhidmatan telefon bimbit dan internet sudah dipulihkan secara beransur-ansur selepas pasukan di lapangan membetulkan tapak utamanya yang rosak.

Kerajaan Israel mendapat tekanan yang semakin meningkat, termasuk daripada sekutu utamanya Amerika Syarikat (AS) serta keluarga tebusan, untuk menangguhkan kempen ketenteraan sehingga pembebasan tebusan selesai.

Israel berkata setakat ini seramai 129 tebusannya masih berada di Gaza dan waris sekali lagi berhimpun di Tel Aviv bagi meminta perjanjian untuk membawa mereka pulang disegerakan.

Qatar, pengantara rundingan pemberhentian perang bulan lalu yang menyaksikan 80 tebusan Israel ditukar dengan 240 warga Palestin yang dipenjarakan, berkata terdapat usaha diplomatik berterusan untuk memperbaharui jeda kemanusiaan.

Namun, Hamas dalam Telegram berkata pihaknya menentang sebarang rundingan untuk pertukaran tahanan sehingga pencerobohan terhadap rakyat Palestin dihentikan sepenuhnya. Utusan

Zionis asyik dakwa jumpa terowong Hamas, betulkah?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker