Saya mula sebut dana RM600b, Anwar pi kutip – Sanusi

Saya mula sebut dana RM600b, Anwar pi kutip – Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Muhyiddin Yassin malam tadi tampil menjawab dakwaan berkaitan dana RM600 bilion yang dikatakan “diseleweng” ketika PN menjadi kerajaan persekutuan.

Ia susulan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyatakan Kementerian Kewangan mendapati wujud “pelanggaran” dalam pemberian kontrak RM600 bilion tanpa tender.

Muhyiddin pula sebelum ini berkata dia tidak pasti bagaimana angka itu boleh timbul dan bertanya jika ada yang tertukar dengan peruntukan RM530 bilion dalam pakej rangsangan ekonomi ketika pentadbirannya.

Dalam program ceramah grand finale kempen pilihan raya kecil (PRK) Padang Serai malam tadi, Sanusi menjelaskan dia adalah orang pertama yang membangkitkan angka RM600 bilion itu.

“Saya ingat yang mula-mula kata itu – saya, pasal kita kata semasa pandemik Covid-19 ketika kepimpinanan Tan Sri Muhyiddin negara ini berbelanja begitu besar.

“Macam-macam program kerajaan buat untuk bantu rakyat berdepan Covid-19 yang tak pernah kita hadapi. Sekurang-kurangnya sekitar RM600 bilion dibelanjakan, saya kata.

“Hari ini perdana menteri (Anwar) kutip angka itu. Aku kata saja bukan betul, perbelanjaan sebenarnya RM530 bilion. Ia bukan duit fizikal, tetapi berbentuk program. Ada moratorium bank termasuk dalam angka itu, pengeluaran KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) termasuk angka itu.

“Yang duit tunai RM80 bilion adalah batuan BSH (bantuan sara hidup), itu saja. Tapi pening perdana menteri pun duk kutip hak (yang) itu buat apa?” katanya dalam ceramah yang diadakan di Taman Selasih, Kulim, yang turut dihadiri Muhyiddin.

Terdahulu Malaysiakini juga tidak jelas apa yang dirujuk Anwar ketika dia berkata Kementerian Kewangan mendapati “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Namun Anwar berkata siasatan akan dibuat bagi memastikan jika ada sebarang penyelewengan atau korupsi berlaku.

Namun, antara projek kerajaan terdahulu yang kini diperhatikan adalah kontrak rangkaian 5G, yang menurut Anwar dibuat tanpa tender.

Sementara itu Muhyiddin menegaskan Anwar sepatutnya membuat siasatan terlebih dahulu dengan fakta dan bukti sebelum mengeluarkan kenyataan berbentuk tohmahan.

Kata pengerusi PN itu lagi, jangan hanya sebab satu dua orang membangkitkan sesuatu cerita lalu kerajaan membuat tuduhan bagi menjatuhkan imej dan maruah PN.

“Dia boleh cari data, kalau tak puas hati siasat betul-betul.

“Dah dapat kenyataan yang betul baru boleh keluarkan kenyataan. Ini dia kata kemungkinan-kemungkinan, jangan buat begitu.

“Sebagai perdana menteri dia mesti bertanggungjawab apa yang dia cakap, mesti berdasarkan fakta dan bukti.

“Itu penting untuk menentukan supaya tidak ada pihak yang jadi bahan tohmahan,” katanya pada sidang media, malam tadi.

Tambah presiden Bersatu itu lagi, Anwar juga sepatutnya boleh merujuk perkara itu kepada bekas menteri kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz atau ketua setiausaha perbendaharaan negara. Mk

Saya mula sebut dana RM600b, Anwar pi kutip – Sanusi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker