Telefon & Sim Kad Aliff Syukri sah dirampas!

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dilaporkan sudah merampas telefon bimbit milit Aliff Syukri untuk disiasat.

Memetik kenyataan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Harian Metro melaporkan turut disita ialah kad SIM milik ahli perniagaan dan personaliti dunia hiburan itu.

Katanya peranti dan kad SIM berkenaan diserahkan kepada unit forensik untuk siasatan berhubung video ‘hari raya’ yang dimuat naik Aliff baru-baru ini.



“Saya difahamkan selepas beliau dipanggil (untuk) dirakam percakapan di Ibu Pejabat MCMC tempoh hari, telefon bimbit dan kad SIM disita dan dihantar ke forensik untuk siasatan lanjut,” katanya yang dipetik di Kuala Lumpur hari ini.

Fahmi juga menjelaskan setakat ini dia belum mendapat sebarang maklumat lanjut berhubung siasatan tersebut.

Nama Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian ramai sejak beberapa hari lalu.

Ia bukanlah sesuatu yang aneh kerana sejak beberapa tahun lalu usahawan kosmetik berkenaan sering membuat kemunculan dengan video klip sempena Aidilfitri.



Bagaimanapun ia tidak pernah gagal menuai kecaman orang ramai, antara lain kerana gaya dan penampilan dia bersama penarinya.

Kali ini Aliff dianggap sudah keterlaluan sehingga mendorong beberapa pihak menggesa agar perniagaan dan Aliff diboikot.

Kelmarin juga media melaporkan MCMC meneliti klip video Aliff untuk memastikan ia mematuhi undang-undang atau sebaliknya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir



Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong



Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker