Gagal Tarik Minat Pembeli Untuk Lelongan Vila Dengan Mural Caravaggio

Gagal Tarik Minat Pembeli Untuk Lelongan Vila Dengan Mural Caravaggio

ROM: Sebuah vila di tengah Rom yang mengandungi satu-satunya mural di bahagian siling oleh artis gaya Baroque Itali, Caravaggio gagal menarik minat pembeli semasa lelongan dalam talian diadakan pada Selasa.

Ini bermaksud rumah mewah itu akan dijual dengan harga diskaun.



Sebelum ini rumah berkenaan terpaksa dijual susulan pertelingkahan antara waris.

Nilai asal rumah itu ditetapkan pada AS$533 juta (RM2.2 bilion), antara rumah termahal di dunia.

Harga lelongan pula bermula daripada 353.25 euro (RM1.7 bilion), namun tiada pembeli yang berminat untuk memilikinya.

Rumah berkenaan akan dijual semula pada 7 April depan dengan harga potongan sebanyak 20 peratus, menurut media tempatan.

Di bawah undang-undang Itali, harta tanah yang gagal dilelong perlu dijual dengan harga potongan sehingga 25 peratus.

Caravaggio diminta untuk membuat lukisan pada siling sebuah bilik kecil rumah berkenaan pada tahun 1597.



Mural dengan lebar 2.75 meter itu memaparkan dewa Jupiter, Neptune dan Pluto yang bernilai 310 juta euro.

Pemilik asal rumah berkenaan ialah Cardinal Francesco Maria Del Monte sebelum dijual kepada keluarga Ludovisi pada awal 1600.

Susulan kematian Putera Nicolo Boncompagni Ludovisi pada 2018 berlaku pertelingkahan antara warisnya, iaitu anak-anak daripada isteri pertama dan isteri ketiga mendiang yang kini menetap di Amerika Syarikat.-AA/ Abc News

Gagal Tarik Minat Pembeli Untuk Lelongan Vila Dengan Mural Caravaggio



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker