Mahathir dibenar keluar IJN, teruskan kuarantin di rumah

Mahathir dibenar keluar IJN, teruskan kuarantin di rumah

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke IJN, selepas disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu.



Pejabatnya dalam kenyataan memaklumkan pengerusi Pejuang itu akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa ini.

Pada 16 Dis 2021, Mahathir dimasukkan ke IJN untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan dibenarkan pulang seminggu kemudian, selepas menjalani “satu siri siasatan perubatan”.

Pada 7 Jan lalu, beliau sekali lagi dimasukkan ke IJN untuk menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan pulang enam hari kemudian.

Seterusnya, Ahli Parlimen Langkawi itu dirawat di Unit Rawatan Koronari IJN pada 22 Jan lalu dan dibenarkan pulang pada 4 Feb. FMT



Mahathir dibenar keluar IJN, teruskan kuarantin di rumah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker