Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN

SABAK BERNAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengakui tidak membuat permintaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kerana ingin meneruskan pentadbiran dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Amirudin berkata, kerajaan Selangor sehingga kini akan meneruskan mandat sedia ada dan tidak membubarkan DUN serentak dengan kerajaan Persekutuan

Malah, katanya, kenyataan Istana Selangor mengenai perkara itu dibuat adalah bagi menjelaskan keadaan sebenar supaya tidak timbul seolah-olah Sultan Sharafuddin cuba mengambil pendirian tertentu di luar kerangka perlembagaan.



“Dalam perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, sekiranya Menteri Besar tawarkan pembubaran DUN, maka baginda akan mengambil kira sama ada perkenan bubar ataupun tidak.

“Apabila Menteri Besar tidak menawarkan pembubaran, namun Tuanku masih boleh memberi nasihat kepada kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Hak Milik Tanah Borang 5A Parit 8 1/2 Barat Mukim Sabak di pekarangan Masjid Jamek Sultan Hihamuddin di sini pada Jumaat.

Sehubungan itu, katanya, beliau mempertahankan kenyataannya selari dengan Istana Selangor mengenai komitmen kerajaan negeri tidak membubarkan DUN Selangor bagi meneruskan pentadbiran dan menjamin kesejahteraan rakyat.



Jelas beliau, keputusan kerajaan negeri itu sudah dimaklumkan kepada Sultan Sharafuddin dan baginda tidak menyatakan sebarang bantahan.

Menurut beliau, keputusan mengenai meneruskan mandat atau pembubaran DUN juga sering dibincangkan sewaktu pertemuan beliau dengan baginda sebelum ini.

“Perbincangan mengenai bubar ataupun tidak bukan dibincangkan pada kelmarin sahaja, sebaliknya saya sendiri secara peribadi berulang kali secara rasmi dan berkala telah membincangkan tentang bilakah waktu paling sesuai untuk membubarkan DUN atas nasihat daripada semua pihak termasuk Sultan Selangor diambil pertimbangan,” jelas beliau.

Katanya, keputusan tidak membubarkan DUN bukan hanya berlaku di Selangor, sebaliknya lima negeri setakat ini masih tiada keputusan mengenainya.



“Kita sedang tunggu keputusan Pulau Pinang sama ada mengikut kerajaan Persekutuan untuk mengadakan pilihan raya ataupun tidak.

“Sebuah negeri lagi belum memutuskan pembubaran ialah di Perak,” kata beliau.

Ujar Amirudin, beliau tidak mahu mengulas panjang mengenai negeri lain tetapi yakin ia memberi suasana dan dinamik berbeza berbanding sebelum ini.

“Saya juga bersedia berbincang dengan Menteri Besar negeri lain antaranya Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan supaya kita boleh mencadangkan tarikh yang sesuai diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak agar kos dapat dijimatkan,” katanya.



Tegas beliau, kerajaan negeri masih konsisten dengan keputusan untuk tidak membubarkan DUN sehingga hujung tahun bagi mengelakkan risiko banjir.

“Selangor baru tahun lepas dilanda banjir, mustahil kita lupa dengan begitu mudah, sebaliknya harus berjaga jaga,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker