Gempa Turkiye: Nyawa jadi taruhan demi aurat isteri

 

Abdul Bari Yassin, 32, selepas dia kembali memasuki rumahnya, tingkat dua bangunan lima tingkat di Bohsin, Antakya yang sebelum itu ‘terbelah dua’ akibat gegaran kuat 7.8 skala Richter pada 6 Februari lalu.

REYHANLI – “Saya tidak kisah kalau mati sekalipun kerana niat saya untuk menjaga aurat isteri yang terdedah selepas berjaya menyelamatkan dari runtuhan bangunan kediaman kami.”

Demikian cerita Abdul Bari Yassin, 32, selepas dia kembali memasuki rumahnya, tingkat dua bangunan lima tingkat di Bohsin, Antakya yang sebelum itu ‘terbelah dua’ akibat gegaran kuat 7.8 skala Richter pada 6 Februari lalu.

Katanya, sewaktu menyelamatkan diri, isterinya hanya memakai baju tidur yang mendedahkan auratnya.

“Sebab itu saya kembali memasuki rumah. ALLAH menjadi saksi segalanya. Kalau mati mungkin saya mati syahid,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumah bapa saudaranya di sini.

Mengimbas kembali tragedi hitam itu, Abdul Bari berkata, sebelum kejadian gempa bumi berkenaan, beliau dan isteri bersama tiga orang anak berusia 3, 5 dan 7 tahun berada di ruang tamu rumah.

Sebaik berlaku gegaran, beliau terus mendukung dua anak lelaki, manakala isterinya mendukung anak bongsu perempuan dalam usaha menyelamatkan diri.

“Betapa kuatnya gegaran itu sehinggakan sewaktu melarikan diri, saya terhuyung-hayang sehingga kepala anak terhantuk kuat di dinding.

“Isteri pula beberapa kali hampir terjatuh tambahan pula bekalan elektrik ketika itu terputus,” katanya sambil mengucapkan syukur terselamat walaupun mereka kini hidup sehelai sepinggang.

Mujur katanya, sepanjang tiga hari, mereka dibenarkan untuk tinggal di dalam kereta milik jirannya.

“Selepas itu kami meminta bantuan bapa saudara kerana tidak tahan dengan suhu sejuk melampau yang mencecah -10 darjah Celsius apabila menjelang malam,” katanya.

Sementara itu, Isa Halabi, 30, berkata, beliau sekeluarga bernasib baik dapat menyelamatkan diri walaupun ketika itu dinding dan siling batu mula runtuh.

Ceritanya, dalam keadaan gelap gelita dia gagal mencari kunci untuk membuka pintu rumahnya di tingkat satu bagunan lima tingkat di Kirikhan, antara bandar merekodkan angka kematian yang tinggi.

“Dalam keadaan rumah yang bergoyang kuat, saya menggunakan kudrat sepenuhnya untuk memecahkan pintu rumah. Anak dan isteri pula menjerit ketakutan.

“Kalau lambat sesaat, saya rasa kami sekeluarga yang terdiri daripada lima orang anak berusia antara dua dan 11 tahun pasti akan terkorban. Begitulah yang terjadi terhadap jiran kami,” katanya.

Keluarga Abdul Bari dan Isa antara penerima bantuan kewangan dari Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care bagi meringankan beban yang dialaminya.

Sinar Harian bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Syria Care dan Task Emergency Medical Service (TEMS) ketika ini berada di Turkiye dalam misi menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi termasuk di Syria.

Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam misi ini dengan menyalurkan derma kepada Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care.

Mereka yang ingin menyumbang, boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd, 564276-529068.

Artikel Sinar Harian

Sumbangan untuk Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care boleh dibuat melalui pautan ini: https://info.sinarharian.com.my/tabung-bantuanbencana-sinar-karangkraf-x-syria-care/

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker