5 anggota IPD Jerantut ditahan SPRM termasuk seorang inspektor

5 anggota IPD Jerantut ditahan SPRM termasuk seorang inspektor

TEMERLOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima anggota polis dan seorang pegawai berpangkat inspektor kerana disyaki menerima rasuah bernilai RM5,000.

Suspek yang berumur antara 29 hingga 46 tahun itu ditahan ketika memberikan keterangan di pejabat SPRM Temerloh di sini petang semalam.

Difahamkan dalam kejadian Rabu lalu enam suspek daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Jerantut itu dikatakan meminta wang sebanyak RM5,000 bagi menyelesaikan kes serbuan melibatkan air ketum di sebuah rumah di Jerantut.

Pendaftar Mahkamah Temerloh Mohamed Shah Reza Noor Azman memerintahkan tahanan reman selama enam hari ke atas kesemua suspek.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. K Online

5 anggota IPD Jerantut ditahan SPRM termasuk seorang inspektor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker