Isu pertukaran pegawai KDRM, Ketua Pengarah jawab desakan Kesatuan

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin hari ini menjelaskan mengenai isu desakan Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) supaya membatalkan arahan pertukaran antara negeri membabitkan beberapa pegawainya.

Beliau menekankan arahan pertukaran itu adalah mengikut Perintah Tetap Perjawatan Bil.78 – Dasar Penempatan dan Pertukaran Pegawai JKDM bertarikh 10 Ogos 2023 dan kaedah pelantikan pegawai dalam perkhidmatan awam dan urusan–urusan lain berkaitan pelantikan mengikut Ceraian UP.2.2.1 (Panduan Pertukaran Pegawai) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.

“Selain itu, ia juga tertakluk di bawah Pelan Antirasuah Nasional 2019–2023 (Semakan Semula Separuh Penggal) di bawah Objektif Strategik 2.1: Merekayasa Perkhidmatan Awam ke arah tadbir urus baik membabitkan insiatif bagi mengukuhkan mekanisme dalam menguatkuasakan pusingan kerja secara mandatori kepada penjawat awam yang memegang jawatan sensitif,” katanya dalam kenyataan di Facebook jabatan.



Beliau berkata objektif penempatan dan pertukaran juga dapat membantu memperkayakan dan memperluaskan tugas (job enrichment and job enlargement) kepada pegawai dan boleh menyumbang antara lain ke arah menambah dan mempelbagaikan pengalaman, pendedahan yang mana proses itu amat bermakna untuk kerjaya kakitangan berkaitan.

Ia juga, katanya, dapat meningkatkan produktiviti pegawai dan organisasi di mana mereka bertugas selain mencegah sebarang kemungkinan berlaku penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

Anis Rizana berkata jabatan juga mengikuti dasar pelaksanaan penempatan dan pertukaran pegawai kerajaan ketika mengambil keputusan itu, iaitu:

Ia membabitkan pertukaran pegawai yang berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun tetapi tidak melebihi lima tahun di sesuatu jawatan yang diklasifikasikan sebagai sensitif.



Menukar pegawai yang sudah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun tetapi tidak melebihi lapan tahun di sesuatu jawatan yang diklasifikasikan bukan sensitif.

Seseorang pegawai juga boleh ditukarkan sama ada atas arahan ketua pengarah Kastam atau atas permohonan pegawai sendiri yang dipersetujui oleh ketua pengarah berdasarkan kepentingan perkhidmatan tanpa terikat dengan tempoh perkhidmatan yang dinyatakan dalam dua perenggan awal itu.

Semua pertukaran membabitkan pegawai yang sudah berkhidmat melebihi tujuh tahun di lokaliti yang sama.

JKDM juga memberi ruang kepada penangguhan pertukaran penempatan sementara mengikut permohonan dan sehingga kini beberapa pertukaran telah ditangguhkan atas sebab keluarga, kesihatan dan persekolahan anak-anak.



“JKDM sentiasa memberi penekanan serius kepada kebajikan warga jabatan, selaras dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah organisasi yang efisien di bawah elemen cekap, tangkas dan integriti bagi menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara melalui kecekapan pungutan hasil kerajaan, fasilitasi perdagangan dan bekerjasama erat dengan semua pemegang taruh,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker