Pesara jual syiling, wang lama tambah pendapatan

KLANG – Syiling atau wang lama mungkin dianggap tidak bernilai bagi sesetengah orang, namun berbeza bagi seorang pesara dari Taman Seri Medan, Teluk Panglima Garang di sini.

Menurut Awaluddin Ariffin, 68, hobinya itu mampu menjana pendapatan sampingan apabila dia menjual koleksi wang lama dalam simpanan kepada penggemar wang lama lain.

“Pengumpul wang lama selalunya akan saling berhubung dan mendapatkan koleksi melalui kenalan mereka yang mempunyai minat yang sama di seluruh negara mahu pun di luar negara.



“Malah ada pengumpul sanggup menawarkan harga tinggi bagi mendapatkan wang lama sebagai koleksi mereka atau dijual semula,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya di sini.

Dalam pada itu, dia tidak menafikan ada sesetengah pengumpul wang lama sanggup membelanjakan ribuan ringgit bagi menambah koleksi wang lama yang dimiliki mereka.

“Mereka juga tidak peduli dengan anggapan bahawa hobi ini sebagai pembaziran sebaliknya menganggap hobi ini sebenarnya dapat membawa kita mengenali lebih dekat sejarah negara,” jelasnya.

Bapa kepada enam anak ini berkata, sehingga kini dia mempunyai lebih kurang 50 keping syiling lama termasuk wang syiling sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dan wang kertas lama yang disimpan rapi.



Antara yang menjadi koleksinya adalah mata wang British dan Belanda serta Tanah Melayu sekitar tahun 1600-an hingga 1900-an serta syiling keluaran Malaysia bermula pada 60-an sehingga terkini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah



Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker