Demokrasi masih tergantung, Zahid gesa Parlimen bersidang semula

 

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta Parlimen bersidang semula dengan tidak membiarkan amalan demokrasi dibiar tergantung dengan alasan “sains dan data”.

Dalam catatan di Facebook, Zahid berkata sudah 25 hari sejak Yang di-Pertuan Agong menitahkan Parlimen boleh bersidang semula semasa darurat.

“Namun sehingga hari ini masih tiada tarikh ditetapkan kerajaan untuk wakil rakyat kembali bersidang di Dewan Rakyat,” katanya.

Zahid berkata, Parlimen mempunyai kedudukan paling utama dalam sistem demokrasi dan merupakan forum untuk rakyat menyuarakan permasalahan melalui wakil mereka yang dipilih dalam pilihan raya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata, keputusan menolak mengadakan sidang Parlimen semasa darurat adalah berdasarkan “sains dan data”.

Kerajaan dikritik oleh sekutunya dan pembangkang kerana penggantungan Parlimen.

Zahid: Tiada lagi negeri PKP, bila parlimen boleh bersidang?

Dalam catatannya, Zahid berkata, “sains dan data” sebenarnya memungkinkan Parlimen bersidang semula.

Katanya, persidangan Parlimen boleh diadakan secara atas talian seperti yang dilakukan di negara lain.

“Kedua, ramai Ahli Parlimen telah mengambil suntikan vaksin Covid-19 sejak program vaksinasi kebangsaan bermula.

“Ketiga, kebanyakan aktiviti lain, termasuk persekolahan sudahpun dibenarkan beroperasi, maka tiada sebab Parlimen terus ditutup,” ujarnya.

Zahid juga berkata, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon berkongsi bagaimana beliau berjalan di sekitar bangunan Parlimen semalam untuk pelancaran Larian Maya Parlimen 2021.

“Ini bermaksud Parlimen adalah kawasan yang selamat dan akan tetap selamat apabila semua yang hadir mematuhi SOP.

Parlimen boleh bersidang – Mimpi Ngeri buat Muhyiddin Yassin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker