Pakcik akan pantau Amizar

#PRK PELANGAI

Pakcik akan pantau Amizar

Ayah kepada calon BN, Abu Adam Duaji, 74, akan memastikan Amizar mengotakan janjinya kepada pengundi jika dipilih sebagai Adun Pelangai yang baru pada 7 Oktober nanti.

Abu Adam berkata, dia sendiri akan memantau supaya Amizar menjadi seorang wakil rakyat yang baik dan berkhidmat kepada warga DUN Pelangai.

“Itu pasti (memantau), selagi pak cik bernafas, pak cik sebagai bapa akan pantau. Akan pastikan (menunaikan janji).

“Saya sudah nasihat dengan beliau jika jadi pemimpin, betul-betul jadi pemimpin. Kalau boleh kita bawa pemimpin dunia dan akhirat.

“Jangan jadi pemimpin dunia saja akhirat kita tinggalkan atau pemimpin akhirat dunia kita tinggalkan,” katanya ketika ditemui semasa berkempen bersama Amizar di tapak pasar malam Felda Chemomoi dekat Bentong, petang semalam.

Amizar akan bertembung saingan tiga penjuru dalam usaha BN mempertahankan kerusi DUN Pelangai.

Ahli jawatankuasa Umno Bentong itu bakal dicabar calon PN, Kasim Samat serta calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Johari Harun dalam nahas pesawat ringan yang di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Sept sebagai hari penamaan calon dan 7 Okt sebagai hari pengundian.

Sementara itu Abu Adam berkata dia berasa bangga dengan keputusan BN memilih anaknya itu untuk bertanding di DUN Pelangai.

Dia juga menasihatkan Amizar agar sentiasa menghormati orang tua itu yang lebih penting.

“Kalau Allah izinkan dia jadi pemimpin (Adun), pertama pak cik minta apa yang dia janji ditunaikan.

“Tak boleh (tunai) sepenuhnya buat dengan cara perlahan-lahan (satu demi satu). Itu saja, jangan kita janji tinggal janji, itu tak baik.

“Orang Melayu kalau janji kena tunaikan janji, kalau tak tunai janji apa hukumnya? Tak baiklah kan,” katanya lagi. Mk

Pakcik akan pantau Amizar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker