Hanya kerana buruk rupa, ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadapnya

Hanya kerana buruk rupa, ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadapnya

Daripada Aisyah r.ha suatu hari seorang lelaki melintas di hadapan Rasulullah s.a.w. lalu Baginda bertanya kepada para sahabat, “Apa pendapat kamu tentang orang itu?” Sahabat menjawab, “Lelaki itu apabila bercakap semua orang akan mendengar cakapnya apabila dia menjadi pengantara dalam rundingan maka semua akan menerimanya. Apabila dia melamar mana-mana perempuan tidak ada sesiapa yang akan menolaknya.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. melihat ada seorang lelaki melintas di hadapannya. Kali ini lelaki itu tidak mempunyai status dalam masyarakat dan miskin. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya,

“Apa pula pandangan kamu tentang lelaki itu?” Sahabat menjawab, “Lelaki itu jika berkata-kata tidak ada siapa pun yang akan mendengar. Jika dia menjadi mengantara perbincangan tidak siapa yang akan mendengar pendapatnya dalam rundingan. Apabila dia melamar, perempuan akan menolaknya”.

Rasulullah berkata, “Tapi lelaki itu jauh lebih baik daripada bumi dan seluruh isinya. Lelaki yang kamu lihat miskin, tidak diterima, tidak berharga sesungguhnya jauh lebih baik daripada lelaki tadi dan seluruh isi dunia.” (HR Bukhari)

Ada satu hadis yang cukup menarik untuk direnung-renungkan, kisah sahabat yang rupanya hodoh tapi Rasulullah s.a.w. amat menyayanginya. Ada seorang lelaki Badwi bernama Zahir. Dia sering menziarahi Rasulullah s.a.w. dan membawa hadiah untuk Baginda dari kampungnya. Apabila dia pulang, Rasulullah s.a.w. tidak pernah lupa menitipkan bekalan untuknya. Lalu Baginda bersabda, “Zahir adalah kampung kita dan kita adalah kota untuknya.”

Rasulullah s.a.w sangat menyayangi dan suka kepada Zahir walaupun rupanya tidak menarik serta hodoh. Suatu hari Rasulullah mencari Zahir di pasar setelah mendapat tahu sahabatnya itu sedang menjalankan urus niaganya. Tanpa menegurnya Rasulullah terus memeluk Zahir dari belakang.

Zahir tidak nampak siapa yang memeluknya dari belakang, “Siapa ni? Lepaskan aku!” Namun tangan yang memeluknya masih lagi tidak berganjak dan demi melihat tangan yang melingkar itu, Zahir dapat mengenali tangan yang selembut sutera itu milik Rasulullah s.a.w. Lalu dia mendiamkan diri kerana ingin terus berada dalam pelukan Rasulullah.

Kemudian Rasulullah berkata, “Siapa yang mahu membeli hambaku ini?”. Zahir membalas, “Wahai Rasulullah, tidak ada siapa yang mahu membeli aku. Sesungguhnya aku ini tidak bernilai.” Rasulullah menjawab, “Sesungguhnya di sisi Allah kamu amat berharga.” (HR at-Tirmidzi dan Ahmad)

Begitulah sikap dan pendirian Rasulullah s.a.w. terhadap para sahabat. Bukan luaran yang dipandang tetapi dalaman yang penting. Biarpun hodoh atau buruk rupa seseorang dan tidak dipandang dan dihargai oleh masyarakat, namun jika hati dan akhlaknya terpuji Insya Allah dia akan tetap disayangi oleh Allah dan Rasul Nya. Wallahu a’lam Utv

Hanya kerana buruk rupa, ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadapnya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN

Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker