I-Citra: Usah dengar cakap Menteri Kewangan Bersatu, dengar rintihan rakyat – Najib

PETALING JAYA – Kerajaan dirayu supaya membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra sebanyak RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu amat diperlukan ketika ini dan berharap kerajaan mendengar rintihan rakyat.

“Dengarlah rintihan rakyat, kali terakhir pengeluaran khas.

“Selepas itu, fokus semula untuk bina balik simpanan pendeposit baki rendah dalam KWSP,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Tambah Najib, kerajaan tidak perlu hanya mendengar pandangan Menteri kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz semata-mata.

Jelasnya, terdapat pelbagai cara lain yang boleh dilakukan kerajaan dalam meningkatkan semula simpanan dalam KWSP. – K! ONLINE

I-Citra: Usah dengar cakap Menteri Kewangan Bersatu, dengar rintihan rakyat – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker