Perniagaan boleh ‘bungkus’ jika PKP dilanjut dua bulan

 

ALOR SETAR: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah percaya sektor perniagaan di negara ini akan lumpuh sekiranya kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam tempoh dua bulan lagi.

Yang Dipertuanya, Datuk Zayan Ismail berkata, pelaksanaan PKP dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan peniaga tidak dapat menanggung kos kerugian dan mereka perlu mengambil masa yang lama untuk pulih semula.

Menurutnya, pada masa ini, kira-kira 80 peratus peniaga seluruh negara terpaksa menutup premis masing-masing terutamanya perniagaan yang tidak dibenarkan sejak pelaksanaan PKP 3.0 pada 1 Jun lalu.



Malah, katanya, peniaga yang terlibat dalam perniagaan yang dibenarkan pula terjejas kerana hasil jualan di pasaran berkurangan.

Tiada kematian di UK bukti kejayaan program vaksin besar berkesan

“Hampir keseluruhan peniaga di negeri ini akan alami kerugian dan gulung tikar sekiranya PKP 3.0 ini dilanjutkan lagi selepas ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, semalam.



Zayan memberitahu, kerajaan juga diminta telus dengan memaklumkan tempoh sebenar pelaksanaan PKP untuk membolehkan peniaga membuat persiapan menghadapi tempoh PKP yang sebenarnya.

“Kerajaan tidak sepatutnya mengumumkan PKP dalam masa 14 hari sahaja tetapi selepas itu disambung lagi dalam masa 14 lagi sehingga menimbulkan bebanan kepada peniaga,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Virus Hingga di Everest



Perniagaan boleh ‘bungkus’ jika PKP dilanjut dua bulan


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO]”Allah..Beratnya Ujian Adik”..Sedihnya, Lepas Habis Duduki SPM, Pelajar Ini Baru Dapat Tahu Ayahnya Sudah MeninggaI Dunia.

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker