Mat Rempit lari macam lipas kundung tinggalkan motosikal apabila disergah polis

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki memakai topi keledar hitam berlari selepas didekati anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB). (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Rakaman tular seorang lelaki bertempiaran lari dalam operasi basmi aktiviti ‘mat rempit’ di Jalan Jelapang, Ipoh, disahkan orang awam mengalami serangan panik, susulan kehadiran mengejut polis.

Dalam video pendek berdurasi 38 saat itu, lelaki yang memakai topi keledar itu berlari meninggalkan motosikalnya sehingga tidak menghiraukan seliparnya yang terlucut, dipercayai terkejut didekati anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan, berkata kejadian berlaku semalam, kira-kira 3 pagi ketika sepasukan polis daripada cawangan penguatkuasa, bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik, IPD Ipoh menjalankan operasi selepas menerima aduan awam berlaku aktiviti lumba haram.

“Siasatan polis mendapati individu yang melarikan diri merupakan orang awam yang berasa panik dengan kehadiran polis secara mengejut dalam operasi itu.



“Sepanjang operasi dijalankan, polis mengeluarkan 49 saman trafik atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, operasi sama akan dijalankan secara berterusan di seluruh bandaraya itu untuk membanteras aktiviti lumba haram

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video tersebut sehingga mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker