Budak 10 tahun antara ditahan dalangi kes samun di Sabah

Budak 10 tahun antara ditahan dalangi kes samun di Sabah

Seorang kanak-kanak antara empat warga asing ditahan kerana dipercayai mendalangi kes samun di sekitar Kota Kinabalu, Sabah hujung minggu lalu.

Empat suspek lelaki berusia 10 hingga 28 tahun itu ditahan dalam serbuan di Jalan Segama dan Jalan Tugu, Kampung Air.



Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan beberapa kes samun di kawasan tumpuan pelancong sekitar Kota Kinabalu dengan penahanan empat suspek terbabit.

Katanya, tangkapan itu susulan laporan samun oleh seorang warga China yang kehilangan wang tunai dan beberapa barang berharga pada 30 Dis lalu.

“Turut dirampas dua bilah pisau, pemutar skru dan tukul yang digunakan suspek,” katanya menurut Harian Metro.

Jauteh berkata, hasil risikan dan pemantauan, dua lagi lelaki termasuk kanak-kanak berusia 10 tahun ditahan dalam serbuan di Jalan Tugu Kampung Air pada 5.20 petang Ahad lalu.



Katanya, semua suspek tiada dokumen pengenalan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Beliau berkata, polis akan terus menjalankan operasi cegah jenayah di kawasan tumpuan pelancong sekitar bandar raya itu. FMT

Budak 10 tahun antara ditahan dalangi kes samun di Sabah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah



Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker