Atlet disekat masuk Malaysia, Israel ancam tindakan undang-undang

Atlet disekat masuk Malaysia, Israel ancam tindakan undang-undang

Persatuan Skuasy Israel (ISA) merancang mengheret Persekutuan Skuasy Sedunia (WSF) ke mahkamah timbang tara sukan jika pemainnya diharamkan menyertai kejohanan besar di Malaysia.

Pengerusi ISA Aviv Bushinsky menyifatkan keputusan Malaysia menolak visa atlet Israel sebagai diskriminasi.



Perkara itu, katanya, akan menjadi asas tindakan undang-undang mereka.

“Menjadi tanggungjawab kami melawan sebarang cubaan untuk mencampuradukkan sukan dengan politik,” dia dipetik sebagai berkata oleh Jerusalem Post.

Bushinsky berkata, negara yang dipilih sebagai tuan rumah kejohanan sukan perlu membuka pintu kepada peserta tanpa diskriminasi berdasarkan kaum atau politik.

WSF dilaporkan dimaklumkan pada 27 September oleh Persatuan Squash Malaysia (Sram) bahawa atlet Israel tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Kejohnanan Skuasy Berpasukan di Pusat Skuasy Nasional di Kuala Lumpur bermula 7 Disember ini. Mk



Atlet disekat masuk Malaysia, Israel ancam tindakan undang-undang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA



Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker