Baru 5 bulan pindah, rumah sudah kena pecah

Baru 5 bulan pindah, rumah sudah kena pecah

Baru 5 bulan pindah, rumah sudah kena pecah
Keadaan rumah dan kereta Suzuki Swift milik pasangan Ameer Syafiq Shamsuri dan Nur Amizah Hadirah Jamaludin turut dilarikan dalam kejadian pecah rumah kediaman mereka di Bandar Puteri Jaya, Isnin lalu. – FOTO Tular

SUNGAI PETANI: Sepasang suami isteri yang baru lima bulan berpindah ke Bandar Puteri Jaya, di sini kerugian lebih RM10,000 apabila rumah mereka dipecah masuk.

Kejadian Isnin lalu itu disedari Ameer Syafiq Shamsuri dan isteri, Nur Amizah Hadirah Jamaludin, masing-masing berusia lingkungan 20-an, apabila sampai di rumah kira-kira jam 6.45 petang dari tempat kerja mereka di Pulau Pinang.

Menurut Nur Amizah, maklumat daripada jiran, ada individu datang ke rumahnya sekitar jam 8 pagi hari kejadian, tetapi disangka ahli keluarga mereka.

“Saya dan suami bertolak ke tempat kerja jam 6.30 pagi hari itu untuk mengelak kesesakan. Bila pulang ke rumah, pagar hadapan tertutup, tetapi pintu rumah pula terkopak.

“Kereta Suzuki Swift putih milik kami juga didapati hilang dan keadaan dalam rumah berselerak. Barang kemas termasuk emas yang kami simpan dan duit mas kahwin juga hilang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Najib: Perjuangan Menuntut Keadilan Tidak Terhenti Di Sini


“Kami baru berpindah ke sini kira-kira lima bulan lalu, ” katanya ketika dihubungi hari ini yang membuat laporan polis pada hari kejadian.

Pasangan berkenaan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan barang milik mereka dan melaporkan kejadian yang menyebabkan mereka kerugian lebih RM10,000 itu kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 457 serta Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Polis menerima laporan kejadian itu pada jam 7 petang Isnin lalu dan siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek,” katanya.

Baru 5 bulan pindah, rumah sudah kena pecah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tony Pua… Kepintaran Atau Keangkuhan Politik?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker