50 peratus pekerja Twitter dipecat

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Twitter berdepan tuntutan saman daripada sebilangan bekas pekerjanya yang mendakwa mereka tidak diberikan notis dalam tempoh masa mencukupi sebelum dipecat, sekali gus menegaskan syarikat rangkaian media sosial itu melanggar undang-undang persekutuan Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Dalam memo besar-besaran dikeluarkan Twitter Khamis lalu, para pekerja diberitahu bahawa mereka akan menerima e-mail pada akaun peribadi sekiranya ‘terpilih’ untuk dipecat daripada syarikat tersebut.

Ia merupakan sebahagian daripada langkah pembuangan pekerja besar-besaran yang dilaksanakan Twitter di bawah kendalian pemilik baharunya, Elon Musk, yang menyaksikan sehingga separuh kakitangan berisiko kehilangan pekerjaan.



Sebelum e-mail tersebut diterima, berpuluh-puluh pekerja sudah mula memuat naik hantaran di platform media sosial itu dengan memberitahu bahawa mereka telah pun dipecat selepas menyedari sudah tidak boleh log masuk ke komputer riba milik syarikat atau mengakses akaun e-mail kerja.

Musk, yang merupakan manusia terkaya di dunia sebelum ini dilaporkan merancang untuk membuang sehingga 3,700 pekerja Twitter.

Rancangan pengasas Tesla itu bagaimanapun mungkin berdepan kesukaran selepas tuntutan saman tersebut dilaksanakan di Mahkamah Persekutuan AS di San Francisco yang mengarahkan syarikat berkenaan agar mematuhi Akta Pemberitahuan Pelarasan dan Latihan Semula Pekerja yang memerlukan syarikat memberi notis 60 hari sekiranya mahu melaksanakan pembuangan kakitangan besar-besaran untuk entiti besar seperti itu.

Tuntutan tersebut yang dikeluarkan bagi pihak lima pekerja setakat ini mendakwa, seorang daripada mereka dipecat pada 1 November, manakala empat lagi tidak memaklumkan (tarikh dipecat) ketika memfailkan saman namun, akses akaun e-mail mereka telah disekat.



Kes tersebut memetik situasi serupa ketika Musk melaksanakan pemecatan pekerja di Tesla, di mana syarikat automotif tersebut berusaha mendapatkan pelepasan penuh daripada kewajipannya di bawah Akta Amaran dengan menawarkan pampasan gaji selama seminggu atau dua.

“Plaintif menyatakan kebimbangan mereka bahawa tanpa campur tangan mahkamah, Twitter akan melaksanakan tindakan serupa dan memecat pekerja tanpa memaklumkan mengenai hak-hak mereka,” demikian menurut tuntutan yang difailkan.

Dalam pada itu, satu dokumen dalaman yang diperoleh agensi berita AFP mendedahkan bahawa separuh daripada 7,500 pekerja Twitter telah diberhentikan kelmarin.

“Kira-kira 50 peratus pekerja akan terjejas,” demikian menurut e-mail yang dihantar kepada pekerja seperti dilihat oleh AFP.



Para pekerja syarikat gergasi itu berkongsikan rasa kecewa mereka di platform tersebut kelmarin dengan mengucapkan selamat tinggal kepada satu daripada syarikat Silicon Valley paling ikonik tersebut.

“Bangun dari tidur dan mendapat tahu bahawa masa saya bekerja di Twitter telah berakhir. Saya amat kecewa dan sukar untuk mempercayainya,” kata Pengarah Polisi Awam bagi AS dan Kanada, Michele Austin.

Selepas memuktamadakan pembelian platform media sosial tersebut yang berjumlah AS$44 bilion (RM209 bilion), Musk memecat beberapa eksekutif kanan Twitter termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan, Ned Segal dan Ketua Hubungan Undang-Undang dan Polisi, Vijaya Gadde.

Langkah pembuangan pekerja besar-besaran itu adalah sebahagian daripada proses ‘penambahbaikan’ platform media sosial tersebut ketika Musk cuba membawa keuntungan kepada syarikat.



“Berkenaan dengan pengurangan tenaga kerja di Twitter, malangnya kami tidak mempunyai pilihan lain ketika syarikat kehilangan lebih AS$4 juta (RM19 juta) sehari,” demikian menurut ciapan Musk malam kelmarin dalam komen pertamanya selepas 24 jam e-mail pertama dihantar kepada pekerja. – AFP/Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker