Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Pelakon, Afiq Muiz, 31, memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, Nur Aaiea Mahdeya, 32, atau Pachara atas dakwaan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Afiq hadir bersama peguamnya, Mohd Yazit Sa’at memaklumkan perkara itu pada prosiding sebutan semula permohonan tuntutan cerai secara fasakh oleh Pachara di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, di sini, petang tadi.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Julai sebagai tarikh baharu bagi sebutan tuntutan nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Afiq atau nama sebenarnya, Muhammad Afiq Muiz yang keluar dari dewan bicara selepas hampir dua jam prosiding berjalan berkata, dia memfailkan nusyuz berikutan mahukan pembelaan terhadap dirinya.

“Sekarang, kami akan berpindah ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang untuk tuntutan nusyuz. Kami failkan nusyuz lebih sebulan lalu dan sebutan pertama pada 4 Julai depan.

“Saya failkan nusyuz berikutan Pachara ada lelaki lain dan melakukan perkara melanggar hukum syarak. Ia adalah antara sebab kenapa saya failkan nusyuz. Saya ada bukti dan akan bawa semuanya ke mahkamah.

“Sebagai suami, saya sedih bila dicurangi dan isteri saya tidak mendengar cakap saya dan melakukan perkara terlarang. Saya berkecil hati dan ia juga jawapan kenapa saya berdiam diri selama ini,” katanya.

Ketika ditanya adakah mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga secara baik, pelakon drama Air Mata Syurga itu menyerahkan kepada mahkamah.

“Saya tunggu pihak mahkamah buat keputusan dan saya hanya mengikut arus. Kita tengok pihak mahkamah memutuskan apa nanti.

“Kita tengoklah siapa yang akan berjaya dalam kes ini. Saya sebenarnya sudah menuntut untut perdamaian, tetapi dia tak nak.

“Saya minta Pachara cakap pada media bahawa saya tak salah, tetapi dia tak nak teruskan. Saya ada usaha, tetapi dia tak nak.

“Saya juga nampak Pachara cuba ke arah Islamik, tetapi hati saya sudah terluka,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Afiq iaitu Mohd Yazit Sa’at berkata, prosiding hari ini akan bersambung pada 13 Julai depan di mahkamah sama.

“Untuk sesi hari ini adalah soal balas kepada keterangan dari pihak Pachara. Untuk tarikh akan datang akan sambung bicara pada keterangan pihak plaintif dan bersambung sehingga selesai, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, berlangsung prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh oleh Pachara di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, di sini. Prosiding membabitkan keterangan daripada Pachara.

Fasakh bermaksud pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara diharuskan oleh hukum syarak.

Pachara difahamkan memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.

Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 lalu atas dakwaan Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk bahagian dagu sebanyak dua kali.

Pada November tahun lalu, media melaporkan Afiq membuat laporan polis berhubung dakwaan isterinya yang dianggap fitnah.

Afiq dilapor menyerahkan kepada peguam untuk tindakan susulan berhubung tuduhan kaki pukul dilemparkan wanita terbabit.

Sebelum ini, Pachara yang berasal dari Ranau, Sabah memuat naik kenyataan dalam Facebook (FB) dan TikTok mendakwa Afiq pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki dan jarinya patah.

Kenyataan itu mendapat komen balas adik Afiq, Aishah Azman yang bengang dengan tindakan Pachara didakwa membuat kenyataan palsu dalam media.

Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di lokasi penggambaran drama Air Mata Syurga. BH

Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker