Aman dan Halal: Jokowi terima suntikan pertama vaksin Sinovac

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo terima suntikan vaksin COVID-19, Sinovac pada jam 10 pagi waktu tempatan hari ini.

Detik bersejarah itu turut disiarkan secara langsung menerusi media tempatan dan akaun YouTube, Sekretariat Presiden.

Ketika ini, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi perlu menunggu kira-kira 30 minit sekiranya berlakunya reaksi susulan seperti alahan atau simptom lain.

Terdahulu, memetik laporan Kompas.com, berita gembiran itu disahkan Ketua Sekretariat Presiden (Kasetpres) Heru Budi Hartono yang antara lain turut memaklumkan Jokowi akan disuntik di Istana Presiden di Jakarta.

Sebelum ini, pihak berkuasa Indonesia meluluskan penggunaan kecemasan untuk vaksin COVID-19 dibangunkan China Sinovac Biotech.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Indonesia merupakan negara pertama di luar China yang meluluskan penggunaan vaksin berkenaan

Kebenaran itu diputuskan selepas data sementara melalui ujian kepada manusia di peringkat akhir di Indonesia menunjukkan vaksin itu berkesan 65.3 peratus.

Difahamkan, selepas Jokowi menerima suntikan itu, program vaksinasi akan bermula dan ia akan diedarkan kepada 34 provinsi.

Petugas barisan hadapan dalam kalangan petugas kesihatan dilaporkan akan menerima suntikan terawal.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker