Gereja tertua di Gaza diserang Israel

Gereja tertua di Gaza diserang Israel

Gereja tertua di Gaza yang melindungi orang awam yang kehilangan tempat tinggal diserang malam tadi.

Beberapa agensi berita melaporkan bahawa gereja Ortodoks Yunani Saint Porphyrius menjadi sasaran serangan udara Israel, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang.



Gereja itu dibina antara 1150 dan 1160-an oleh Tentera Salib dan dinamakan sempena uskup abad kelima Gaza.

Beberapa hari sebelum itu, Paderi Elias, seorang paderi di gereja itu, berkongsi kebimbangan gereja itu akan diserang Israel.

Israel berkata ia menggugurkan 6,000 bom di Gaza yang berpenduduk padat dalam enam hari pertama perang, bermula 7 Okt, hampir menyamai jumlah bom yang digugurkan oleh AS ke atas Afghanistan dalam satu tahun.

Semenanjung Gaza dihuni dua juta orang, kira-kira 47 peratus daripadanya adalah kanak-kanak, menurut Biro Perangkaan Palestin.



Dalam tempoh 24 jam menjelang petang Khamis, 307 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, menjadikan jumlah kematian di kawasan yang dikepung itu kepada 3,785, di mana sekurang-kurangnya 1,524 adalah kanak-kanak, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ini termasuk Khan Younis di bahagian selatan Gaza, di mana Israel memberitahu rakyat Palestin supaya berpindah untuk keselamatan.

Agensi berita Palestin Wafa melaporkan 21 orang terkorban di Khan Younis akibat serangan Israel di sana.

Akhbar New York Times menyifatkan Khan Younis sebagai “pemandangan seram” dengan “keluarga tertimbus di bawah runtuhan” selepas serangan udara Israel di sana bermula pada Selasa, tetapi Israel berkata ia mengenai sasaran Hamas.



Angka kematian sebenar di Gaza berkemungkinan lebih tinggi kerana kebanyakan mayat tidak dapat diakses di bawah runtuhan bangunan yang diratakan oleh serangan udara Israel.

Lebih 12,500 orang cedera dalam serangan udara Israel, manakala kira-kira 1 juta orang kehilangan tempat tinggal, kata PBB.

Air juga kekurangan bekalan akibat sekatan Israel, memaksa orang ramai mengambil air daripada “sumber tidak selamat, berisiko membawa maut dan meletakkan penduduk berisiko wabak penyakit berjangkit”, kata PBB.

Sementara itu, di Israel, sekurang-kurangnya 1,400 orang terbunuh dan 3,800 cedera sejak serangan Hamas 7 Oktober lalu.



Serangan gereja itu berlaku selepas Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PCRS) mengeluarkan video letupan berhampiran hospital Al Qudsnya, yang menempatkan lebih 8,000 orang yang kehilangan tempat tinggal.

Menyebutnya sebagai jenayah perang, ia berkata terdapat serpihan dan kerosakan di dalam bangunan PRCS.

Huge bombardments are taking place in the areas around #PRCS Al Quds #Hospital in #Gaza city- which is sustaining damages and shrapnels inside the buildings of PRCS, and constituting high threat- noting that more than 8000 IDPs are taking refuge at PRCS.#NotATarget #WarCrimes pic.twitter.com/Jx3stfVUYV
— PRCS (@PalestineRCS) October 18, 2023

Pada Rabu, serangan ke atas Hospital Al Ahli Baptist Gereja Anglikan membunuh kira-kira 500 orang yang berlindung di sana, kata pihak berkuasa Palestin.



Mereka menyalahkan serangan udara Israel, tetapi Israel mendakwa ia adalah roket yang disalah tembak oleh kumpulan Jihad Palestin. Kumpulan itu menafikan perkara ini.

Serangan itu berlaku beberapa hari selepas pusat kanser hospital itu dilanda tembakan roket pada 14 Okt, menurut BBC dan Diocese of Jerusalem.

Uskup Agung Aglican Hosam Naoum berkata pihak hospital itu menerima arahan Israel melalui telefon untuk pengosongan tiga hari berturut-turut sebelum serangan pada Selasa, lapor agensi media Turki Anadolu.

Ditanya pihak yang bertanggungjawab bagi serangan itu, dia berkata mereka bukan pakar forensik tentera tetapi “kita tahu sekurang-kurangnya terdapat banyak bangunan, rumah, dan banyak tempat yang dibom dalam serbuan Israel.”



“Ini adalah fakta di lapangan,” katanya, menyofatkan serangan itu sebagai “pembunuhan beramai-ramai”.

Amerika Syarikat mendakwa penilaian awalnya terhadap imej video dan satelit menyokong dakwaan Israel, tetapi ini masih dipertikaikan.

Semalam, AS memveto resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk penyaluran bantuan kemanusiaan di Gaza.

CNN melaporkan bahawa lintasan sempadan Rafah di Selatan Gaza masih ditutup hari ini, walaupun perjanjian awal antara AS dan Mesir untuk menyampaikan bantuan.

Menurut agensi berita itu, konvoi pertama 20 trak tidak dapat melintas kerana keadaan jalan di sebelah Mesir.

Sebelum ini dilaporkan trak itu tidak dapat melintas dengan selamat akibat serangan dari Israel.

Penyampaian bantuan mungkin berlaku pada hari Sabtu, dan penghadang konkrit di persimpangan itu ditarik balik sebahagiannya bagi tujuan itu, lapor CNN. Mk

Gereja tertua di Gaza diserang Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker