Pas kelirukan rakyat penarikan rayuan kes rampasan CD Jill Ireland

Pas kelirukan rakyat penarikan rayuan kes rampasan CD Jill Ireland

KUALA TERENGGANU : Majlis Ulama UMNO hari ini menyelar tindakan Pas yang masih mengelirukan rakyat berhubung penarikan rayuan kes rampasan cakera padat (CD) Jill Ireland dengan menggambarkan seolah-olah Islam terancam dalam pentadbiran kerajaan Malaysia Madani ketika ini.

Setiausaha Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, naratif itu sedang dibuat oleh Pas dalam ceramah-ceramah mereka dan dijadikan sebagai modal politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).



“Itu sahaja kemahiran penceramah-penceramah Pas dengan menunggang isu-isu agama yang selalunya mudah menyentuh perasaan muslim yang tidak mendalami Islam, apatah lagi apabila dibaca ayat-ayat al-Quran dan al-Hadis yang umum untuk mengukuhkan naratif kononnya Islam terancam.

“Apa lagi modal terbaik yang mereka ada melainkan menghasut rakyat meskipun yang sebenarnya terancam itu adalah kedudukan pembangkang yang lemah (hanya 74 Ahli Parlimen berbanding kerajaan Madani yang mempunyai 148 Ahli Parlimen),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jill Ireland adalah seorang wanita Melanau yang memfailkan semakan kehakiman pada 2008 untuk menuntut semula lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah dan relif bahawa hak pelembagaannya untuk mengamalkan agamanya telah dihalang melalui sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.

Pada 10 Mac 2021, Hakim Nor Bee Ariffin yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran namun tertakluk pada syarat-syarat tertentu.



Selain kalimah Allah, tiga lagi perkataan yang boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian ialah ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘solat’.

Bagaimanapun, penerbitan buku agama atau bahan keagamaan Kristian yang menggunakan empat perkataan itu perlu disertakan dengan penafian (disclaimer) ‘Hanya untuk penganut Kristian sahaja’ pada kulit buku beserta lambang salib.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, penarikan rayuan kes Jill Ireland adalah bertujuan menjaga kesucian kalimah Allah kerana kekalahan kerajaan dalam kes itu di Mahkamah Tinggi adalah berpunca daripada kelemahan pada arahan pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang digunakan sebagai rujukan untuk merampas CD tersebut.

Menurutnya, Kerajaan Perpaduan sedang berusaha mengemas kini arahan pentadbiran tersebut agar kes seumpama itu tidak berulang lagi pada masa akan datang. Utusan



Pas kelirukan rakyat penarikan rayuan kes rampasan CD Jill Ireland

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker