3 pusat urut terkenal jadi sarang pekerja asing diserbu

3 pusat urut terkenal jadi sarang pekerja asing diserbu

3 pusat urut terkenal jadi sarang pekerja asing diserbu
Seramai 54 pekerja asing ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (Imigresen) menahan 54 pekerja warga asing dalam serbuan di tiga pusat urut dan refleksologi terkenal sekitar Johor Bahru, Johor, semalam.

Operasi khas bermula jam 6 petang itu diketuai Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Basri Othman, bersama 47 pegawai serta anggota dari Putrajaya dan Johor.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata pemeriksaan dilakukan terhadap 115 individu dalam operasi berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, seramai 54 pekerja asing ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Mereka terdiri daripada seorang lelaki Indonesia, lima lelaki Myanmar, dua lelaki Bangladesh, seorang lelaki China, 32 wanita Thailand dan seorang wanita Myanmar,

“Selain itu, lapan wanita China dan masing-masing seorang wanita Vietnam, dan Laos turut ditahan. Kesemuanya berusia antara 19 hingga 59 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata selain khidmat urutan dan refleksologi, pemeriksaan turut mendapati salah sebuah premis turut menyediakan bilik sauna kepada pelanggan.

“Bayaran untuk khidmat urutan dan refleksologi yang dikenakan sekitar RM92 sehingga RM180 berdasarkan pakej yang diambil.

“Bagi pakej yang mempunyai bilik sauna, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM300,” katanya.

Menurut Zakaria, pasukan serbuan turut menahan tiga lelaki tempatan dipercayai penjaga premis untuk siasatan dan semua tangkapan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Kesemua tahanan dipercayai melakukan kesalahan mengikutAkta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Katanya, sebanyak 15 Borang 29 iaitu Saman Kepada Saksi dikeluarkan dalam tiga serbuan itu untuk membantu siasatan.

3 pusat urut terkenal jadi sarang pekerja asing diserbu

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker