Pesawat tentera AS terhempas

Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas selepas mengalami masalah ketika sesi latihan di timur Laut Mediterranean, demikian menurut Markas Perintah Eropah AS (EUCOM) semalam.

Pasukan tersebut bagaimanapun tidak menyatakan jenis pesawat berkenaan atau lokasi asal ia terbang.

Namun, AS sebelum ini telah mengerahkan sebuah kumpulan gempur kapal induk ke kawasan itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencegah perang Israel-Hamas daripada merebak menjadi konflik serantau.



“Pada malam 10 November, sebuah pesawat tentera AS yang sedang menjalankan operasi latihan di timur Mediterranean mengalami masalah lalu terhempas,” kata EUCOM dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyebut mengenai keadaan kru pesawat berkenaan.

“Apa yang kami boleh nyatakan adalah nahas pesawat itu berlaku ketika sesi latihan dan tiada tanda-tanda ia terlibat dalam aktiviti permusuhan. Punca insiden masih dalam siasatan,” katanya.

Washington mengerahkan armada gempurnya ke rantau tersebut termasuk kapal pengangkut pesawat, USS Gerald R Ford serta beberapa kapal perang lain ketika ketegangan antara Israel dengan Hamas di Gaza semakin meningkat.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker