Misbun berpisah jua dengan BAM

Misbun berpisah jua dengan BAM

Misbun Sidek melepaskan jawatan sebagai pengarah pembangunan remaja kebangsaan Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Beliau tidak menyatakan sebab pengunduran itu, namun dipercayai berkaitan prestasi skuad badminton remaja tanah air.



Bekas jaguh badminton negara itu turut mengakui sedih dan terkilan, bagaimanapun menurutnya ia adalah “keputusan terbaik kedua-dua belah pihak”.

“Yang pasti cinta terhadap sukan badminton tidak pernah pudar dalam diri saya. Setiap kejayaan pasti ada cabaran perlu diharungi dengan penuh kesabaran dan kesungguhan.

“Fokus kepada perancangan demi kemajuan badminton negara tetap menjadi keutamaan saya,” katanya dalam kenyataan.

Misbun dilantik sebagai pengarah pembangunan remaja kebangsaan pada 4 Feb 2020.



Beliau merakamkan penghargaan kepada Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Norza Zakaria yang memberi peluang kepadanya mengetuai program pembangunan remaja.

“Akhir kata, sekali lagi di kesempatan ini saya ingin memohon ribuan kemaafan jika ada sebarang kesalahan dan kesilapan selama saya berkhidmat di ABM dan BAM. Saya doakan agar anda semua akan terus maju jaya di masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Norza ketika dihubungi berkata Misbun melepaskan jawatan pada 16 Ogos lalu.

“Kita memang sudah ada persetujuan bersama, antara kami (BAM) dan Misbun,” katanya kepada FMT sambil memaklumkan BAM belum mempunyai pengganti untuk mengisi jawatan itu.



Pada 2 Ogos lalu, BAM membuat “pusingan-U” dengan memberikan tawaran kepada Misbun menghabiskan kontraknya hingga hujung tahun ini.

Ia selepas jawatankuasa khas diketuai Timbalan Presiden BAM, V Subramaniam, pada sidang media pada 28 Julai memaklumkan mereka dan Misbun bersetuju secara bersama untuk “berpisah”.

Namun, Misbun pada sidang media 31 Julai sebaliknya mendakwa keputusan itu bercanggah dengan apa dimaklumkan kepada media dan memberitahu beliau sebenarnya diberhentikan selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa khas bagi membentangkan “post mortem” kegagalan skuad remaja di Yogyakarta. FMT

Misbun berpisah jua dengan BAM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker