Biodata Artis Wahid Satay, Profail dan Latar

Biodata Artis Wahid Satay, Profail dan Latar

Abdul Wahid bin Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai A. Wahid atau Wahid Satay (1 Januari 1930 – 22 Mei 2023) merupakan seorang penyanyi dan pelakon filem Melayu Singapura. Wahid Satay dilahirkan di Indragiri, Riau, Indonesia pada 1 Januari 1930 dan pindah ke Singapura pada tahun 1935.

Gelaran Wahid Satay itu diberikan mendiang Loke Wan Tho, pemilik Pertubuhan Cathay dan digunakan sejak beliau berlakon dalam filem Pontianak bersama Maria Menado yang dapat bertahan selama tiga bulan di Panggung Cathay dan memberikan saingan kepada filem Hollywood, Samson and Delilah.

Sewaktu menjadi pelakon filem di Cathay keris, Wahid banyak membintangi filem-filem bercorak lawak jenaka, malah digelar Jerry Lewis Malaya.



Wahid juga berlakon dalam banyak filem seperti filem Pak Pandir Moden, Jula Juli Bintang Tiga, Masuk Angin Keluar Asap, Serangan Orang Minyak dan Chuchu Datok Merah yang dikeluarkan oleh Studio Cathay Keris.


Baca Artikel Menarik:

Wahid Satay Meninggal Dunia


Pada tahun 1958, Wahid berlakon dalam filem Serangan Orang Minyak sebagai pelakon pembantu. Pada 1959, beliau juga menjadi pelakon pembantu dalam filem Rasa Sayang Eh. Wahid mula memegang peranan utama dalam filem Pak Pandir Moden pada tahun 1960. Pada tahun 1960 juga sebagai pelakon utama dalam filem Che Mamat Parang Tumpul.



Puas hati dengan kelakonannya, beliau dihantar oleh Cathay-Keris Film Productions bersama Rose Yatimah, Latifah Omar dan pengarah, Hussein Haniff, ke Pesta Filem Asia ke-10 pada 1963 di Tokyo, Jepun.

 


Baca Artikel Menarik:

Anak Sulung Harris Annuar & Asha Merican, Aura Medina Namanya



Kerjaya

Pada 1961 beliau berlakon dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang memegang watak sebagai awang, dan dalam filem Puteri Gunong Ledang sebagai watak utama pada tahun 1961. Dalam filem Chelorong Cheloreng (1962) memegang sebagai watak utama. Filem Badang (1962), pelakon utama sebagai Badang. Dalam filem Mabuk Kepayang (1962) sebagai pelakon Utama. Filem Pontianak Gua Musang (1964) memegang sebagai watak utama. Filem Tiga Botak (1965) memegang sebagai watak utama. Filem Naga Tasik Chini (1966) memegang sebagai watak utama. Filem Dua Kali Lima (1966) memegang sebagai watak utama. Filem Mat Tenggek (1979) memegang sebagai watak utama. Filem Tuan Besar (1980) memegang sebagai watak utama sebagai Tuan Wahid. Filem Pontianak Harum Sundal Malam (2004) sebagai artis jemputan, pembesar istana. Filem Senario XX (2005) memegang sebagai pelakon pembantu, watak sebagai tok ketua.

Selain berlakon, Wahid juga berbakat sebagai pelukis dan penyanyi serta pernah mencipta lagu untuk M. Ishak dan Ahmad Jais. Wahid Satay mengarang lagu “Sumpah Setia” untuk rakaman Ahmad Jais & The Antartics di tahun 1967.

Badang merupakan filem terakhir beliau.

Selain berlakon, beliau pernah melakukan pelbagai kerja lain seperti memunggah kelapa ke perahu Bugis yang berlabuh di Sungai Kallang, mencuci pinggan di Satay Club di Beach Road dan menjadi kelasi kapal mengelilingi dunia.

Ketika itu, jika tidak belayar, Wahid menyumbangkan suara dan bermain alat muzik dengan pancaragam Sri Pemuda Harmonian Party.



Wahid kini menetap di di Eunos Crescent, Singapura.



Baca Artikel Menarik:

Anak Che Ta, Aaisyah Dhia Rana selamat jalani pembedahan Supernumerary

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker