Nik Abduh bersama Anwar

Nik Abduh bersama Anwar

Dua keping gambar memaparkan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ‘duduk’ bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tular di media sosial pada Jumaat.

Turut dilihat hadir dalam ‘perjumpaan’ itu abang kepada Nik Mohamad Abduh iaitu Nik Omar, penceramah bebas, Wan Ji Wan Wan Hussin serta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.



Gambar yang tular itu dipercayai dirakam di sebuah lokasi di Kelantan memandangkan Anwar kini berada di negeri berkenaan bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani.

Pelbagai spekulasi juga turut tercetus susulan tularnya Nik Mohamad Abduh bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu, Pas menggugurkan Nik Mohd Abduh sebagai calon parti itu dan kerusi yang ditandingi sebelum ini diberikan kepada Muhamad Shahir Che Sulaiman.

Nik Mohamad Abduh dan Nik Omar sebelum ini dilihat tidak ‘sekepala’ susulan kedua-duanya memilih haluan politik berbeza.



Nik Omar sebelum ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pemimpin Pas susulan bertindak menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). Sinar

Nik Abduh bersama Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid



Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker