Padah pecah rumah, cuba rogol wanita

Padah pecah rumah, cuba rogol wanita

Kuala Lumpur: Tindakan lelaki memecah masuk rumah di Setapak di sini, untuk menyamun sebelum mencabul dan cuba merogol dua wanita, membawa padah apabila ditahan penduduk yang menyedari kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis menerima laporan kejadian daripada orang awam pada 6.30 pagi semalam.



Katanya, bertindak atas tangkapan awam itu, polis memberkas suspek berusia 27 tahun.

“Siasatan awal mendapati, suspek memasuki rumah dihuni dua mangsa ketika sedang tidur dan bertindak mengacukan senjata tajam ke arah mangsa, sebelum meminta menyerahkan barangan berharga.

“Suspek turut mengikat tangan, kaki dan mulut kedua-dua mangsa dan bertindak mencabul serta cuba merogol seorang daripadanya, namun cubaan rogol itu tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek melarikan diri bersama barangan berharga milik kesemua mangsa melalui tingkap tandas sebelum ditahan penduduk.



Ashari berkata, kesemua mangsa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

“Hasil ujian saringan air kencing didapati suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan THC,” katanya yang memberitahu suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 12 Julai ini.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 354, 376/511 dan 377CA kanun sama.

Tambahnya, kertas siasatan lengkap akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya. HM



Padah pecah rumah, cuba rogol wanita


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker