‘Saya tonton Bridgerton di Netflix, bukan filem lucah’ – Mila Kunis

Los Angeles: Pelakon Mila Kunis terkejut apabila suaminya, Ashton Kutcher menuduh dia kerap menonton filem lucah. Mila dikatakan suka melakukan aktiviti itu ketika Ashton sudah tidur.

Mila berkata, Ashton mencurigainya kerana sering bangun tengah malam untuk menonton sendirian.

“Pada satu malam, saya tak sedar suara dari filem yang saya tonton terlalu kuat sehingga membuatkan Ashton terjaga. Kebetulan pula ketika itu babak intim yang ditayangkan. Itu yang buat dia berfikir saya suka menonton filem sedemikian selepas dia tidur.

Mila berkata, dia sebenarnya sedang menonton siri Bridgerton di saluran Netflix. Dia sudah menonton episod kelima dan penonton siri ini tentunya tahu apa yang terjadi pada episod terbabit.

Bridgerton yang ditayangkan sejak akhir Disember lalu di Netflix berjaya mencatat rekod sebagai siri paling banyak ditonton iaitu sebanyak 82 juta tontonan.-HM

Leave a Reply