PRN Melaka: Akhirnya katak-katak politik terkena ‘sumpahan’ bumi Melaka

KUALA LUMPUR: Calon Ketua Menteri dari Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsudin tewas di tangan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.02 Tanjung Bidara.

Rauf mendapat 3,558 undi manakala Mas Ermieyati memperolehi 3,195 sementara calon Pakatan Harapan (PH) Zainal Hassan 489 undi.

Sementara di DUN Lendu yang menampilkan calon Ketua Menteri BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali terus mendahului dengan 3,293 undi mengatasi dua lagi pencabar, masing-masing memperoleh 908 undi (PN) dan 777 undi bagi calon PH.

Manakala calon Ketua Menteri dari Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari mendahului di kerusi Dun Bukit Katil dengan 4,041 undi setakat pukul 7.30 malam, menewaskan calon BN (3,757), PN (2,396) dan Bebas 81 undi.
PRN Melaka terpaksa dilakukan ekoran pembubaran Dun pada 4 Oktober setelah empat Adun menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali.

PRN Melaka: Akhirnya katak-katak politik terkena ‘sumpahan’ bumi Melaka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Dira dijangka menang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker