Warga asing suspek pecah rumah rempuh anggota polis diberkas

Antara peralatan pecah rumah serta wang tunai yang dirampas daripada suspek pada Selasa.

PETALING JAYA – Seorang anggota polis cedera dilanggar sebuah kereta dinaiki dua lelaki warga asing ketika sekatan jalan raya (SJR) di susur keluar Damansara Jaya menghala ke Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) dekat sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussein Sollehuddin Zolkifly berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.06 malam itu, kereta jenis Perodua Myvi memecut laju sebelum melanggar anggota polis di lokasi kejadian.

“Kereta dinaiki dua suspek itu tidak berhenti ketika sekatan dijalankan sebaliknya bertindak melarikan diri sebelum melanggar anggota polis terbabit yang bertugas di lokasi kejadian.

“Kejadian mengakibatkan mangsa patah di bahagian tapak tangan kanan sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.



Katanya, sebuah kereta peronda polis (MPV) kemudian bertindak mengejar kenderaan dinaiki kedua suspek itu.

“Anggota polis bertugas kemudian mengejar kereta suspek sejauh dua kilometer sebelum kenderaan suspek terbabas di Seksyen 17/50 Petaling Jaya.

“Kedua-dua suspek masing-masing berumur 35 dan 45 tahun yang merupakan warga asing itu berjaya diberkas,” katanya.

Menurutnya, susulan tangkapan polis merampas sejumlah wang tunai melibatkan pelbagai jenis mata wang asing berjumlah RM9,839.85 serta pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.



“Antara yang dirampas adalah gerudi tangan, tukul, gunting, pemutar skru dan gergaji.

“Kedua-dua suspek turut didapati bebas daripada pengaruh dadah selain tidak memiliki rekod jenayah lampau,” katanya.

M Hussein berkata, kedua-dua suspek kini direman enam hari untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28 (i) Akta Kesalahan Kecil 1955.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kejadian jenayah atau aktiviti mencurigakan diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium



Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker