Kanak-kanak 5 tahun dihanyutkan air

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Kanak-kanak lelaki warga Myanmar berusia lima tahun dikhuatiri terjatuh di kawasan longkang dan dihanyutkan air dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini, petang hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh V. Andrew berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 5.39 petang.

“Laporan awal yang diterima adalah seorang kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan longkang jatuh dan hanyut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, setakat 8.40 malam ini, usaha menyelamat sedang dijalankan dan pihaknya masih mencari petunjuk bagi mengesan mangsa.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker