Wan Saiful bakal dituduh lagi di mahkamah

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan memaklumkan bahawa dia akan dikenakan pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla).

Menurutnya, dia diminta hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pukul 8.30 pagi, esok.

“Dikatakan bahawa ada pertuduhan-pertuduhan baru yang akan dikenakan di bawah Amla. Butiran pertuduhan masih belum jelas setakat ini.



“Saya akan hadir untuk mempertahankan diri dan saya yakin mahkamah adalah tempat terbaik untuk saya mendapatkan keadilan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Bekas ketua penerangan Bersatu itu mempunyai kes mahkamah yang sedang berjalan melibatkan dua pertuduhan rasuah yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Jana Wibawa atau “Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa”, merupakan program perangsang untuk kontraktor bumiputera susulan Covid-19.

Pentadbiran Muhyiddin Yassin memperkenalkannya pada November 2020.



Pada 21 Feb, Wan Saiful minta dibicarakan atas dua pertuduhan itu – pertama kerana meminta rasuah dalam jumlah yang tidak ditentukan dan kedua kerana menerima rasuah RM6.96 juta antara 8 Julai 2022 dan 30 Sept 2022.

Wan Saiful dituduh meminta rasuah daripada individu bernama Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek “Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur” daripada kerajaan persekutuan.

Projek itu sepatutnya bernilai RM232 juta.

Pertuduhan kedua menuduh Wan Saiful menerima, melalui syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd, wang RM6.96 juta daripada Nepturis sebagai dorongan untuk membantunya mendapatkan surat anugerah bagi projek yang sama.



Dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker