Wanita kahwini anak tiri

Wanita kahwini anak tiri

Moscow: Seorang wanita Rusia mendedahkan sedang mengandung anak kedua hasil perkongsian hidup dengan anak tirinya.

Suaminya sekarang adalah anak kepada bekas suaminya.



Hasil hubungan Marina Balmasheva, 37, dengan anak tirinya Vladimir ‘Vova’ Shavyrin, 23, mereka sudah pun memiliki anak perempuan kini berusia 20 bulan bernama Olga.

India Times melaporkan, Marina sebelum ini berkahwin dengan bapa Vladimir, Alexey Shavyrin, 47, sebelum pasangan itu bercerai.

Marina, seorang pempengaruh (influencer) penurunan berat badan, menyiarkan klip reaksi Vladimir untuk menjadi bapa kali kedua.

“Kami menerima dengan hati terbuka. Kehamilan kedua adalah tidak dijangka. Tetapi Vladimir gembira menjadi seorang bapa sekali lagi,” tulis Marina yang mempunyai 620,000 pengikut selepas mengumumkan kehamilannya.



Vladimir berkata, perkara mengenai kehamilan itu diketahui di tambak Sukhumi iaitu kawasan pantai peranginan di Laut Hitam.

“Saya letih, gembira, dan sedikit bimbang,” kata Vladimir.

Alexey, bekas suami Marina, tidak berpuas hati dengan hubungan itu.

“Dia (Marina) memikat anak saya. Vladimir tidak pernah mempunyai teman wanita sebelum Marina.



“Mereka tidak segan untuk melakukan hubungan seks semasa saya berada di rumah. Saya akan memaafkan kecurangannya jika ia bukan anak saya,” katanya kepada pemberita selepas Marina mengumumkan berita itu. HM

Wanita kahwini anak tiri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)



MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker