30 Oktober, hari penuh debaran bagi penyokong Najib.

30 Oktober, hari penuh debaran bagi penyokong Najib.

Kes 1MDB yang semakin menjemukan rakyat Malaysia kerana terlalu lama perbicaraan nya serta dilihat sebagai satu bentuk ketidakadilan serta pengananyaan terhadap Datuk Seri Najib kini sudah sampai ke penghujung nya.

Pada 30 haribulan Oktober ini , mahkamah dijadualkan akan membuat keputusan sama ada DSNR perlu “enter defense”@ membela diri bagi menjawap kes yang didakwa terhadap nya atau terus dibebaskan.



Pada bulan 28 haribulan Julai 2020 DSNR telah pun dijatuhi hukuman 12 tahun penjara keraha 7 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dan penyelewengan dana SRC RM42 juta .

Sudah tentu sekali tarikh 30 Oktober menjadi tarikh penting kerana penyokong DSNR telah melihat perjalanan kes yang sangat penuh kontroversi.

Peguam DSNR Tan Sri Shafie dalam beberapa kenyataan yang dibuat oleh nya telah memberi cukup maklumat betapa kes penuh kecacatan dan pendakwaan dibuat secara tergesa gesa dan tidak kemas.



Sepanjang perjalanan kes, peguam TS Shafie telah siap berhujah setebal 2,500 helai muka surat .

Petikan untuk hal ini kami perolehi dari seorang pelapor serta penulis buku bernama Arif Lias yang sentiasa berada dimahkamah seperti dibawah ini :-

Keputusan kes 1MDB samada DS Najib bebas atau dipanggil membela diri dijadualkan 30 Oktober ini.

Petikan dari Arif Lias.



Antara hujah pihak pembelaan dalam kes #1MDB ketika submission adalah:

1. Pertuduhan yang silap/cacat

DS Najib didakwa menerima suapan di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014, manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di tempat sama.



Faktanya, pihak pendakwaan tidak pernah membuktikan DS Najib pernah ke Ambank atau hadir dimana mana premis Ambank seperti dinyatakan. Jelas petuduhan ini telah cacat dan rosak.

2. Jho Low adalah mirror image kepada DS Najib

Naratif Jho Low adalah “mirror image” DS Najib ini adalah naratif mendiang Gopal Sri Ram, ketua pendakwaraya kes ini. Faktanya, DPP gagal membuktikan perkara ini dan konsep ini tidak pernah wujud pun. Ia sekadar rekaan pihak pendakwaan.

Contohnya kenyataan Jasmine Loo, bekas General Counsel 1MDB bahawa dia was was dengan Jho Low. Satu ketika, Jasmine serah dokumen Special Rights Redeemable (SRR) dan Minites by Representative (MR) kepada Jho Low untuk diserahkan kepada DS Najib. Bukan dia beri terus kepada DS Najib.



Dan lagi menarik, Jasmine berkata,

“Saya tak tahu macam mana Jho Low dapatkan tandatangan DS Najib lepas beri dokumen kepadanya.”

Dia dia akui, Jho Low mahu dilihat sebagai “proksi Najib” kerana setiap perkara yang perlu dipersetujui oleh DS Najib, Jho Low akan minta berbincang dengannya dahulu.

Menurut pasukan pembelaan, Shahrol sebenarnya mirror image kepada Jho Low kerana boleh dikatakan semua tindakannya dalam menguruskan 1MDB adalah atas arahan dan nasihat Jho Low dan Jasmine Loo.



Ada satu ketika bila disoal pasukan pembelaan, kenapa Shahrol mengikut arahan Jho Low untuk keluarkan namanya dari sebarang dokumen 1MDB setelah bertukar dari TIA, Shahrol menjawab,

“Saya mempercayai (in good faith) Jho Low menjalankannya tugasnya in interest of Najib selain hubungan baiknya dengan DS Najib.” Wan Aizuddin menambah,

“Tapi kamu tak pernah bertanya pada DS Najib sendiri (mengenai Jho Low)?”

“Tidak pernah.” jawab Shahrol.

Shahrol juga kata kepakaran Jho Low adalah pandai buat orang rasa selesa dan kononnya dia bertindak untuk kebaikan semua pihak.

Jho Low berkelakuan seolah dia mendapat arahan daripada DS Najib padahal dia hanya menjual nama untuk memperdayakan mereka. Shahrol juga akui dalam sesi soal balas kepada TS Shafee bahawa dia juga diperdaya oleh Jho Low.

Rf Lias
Jalan Duta, Kuala Lumpur

Ringkas nya terlalu banyak percanggahan berlaku pada jawapan saksi dan ia sejajar dengan apa  yang dijelaskan oleh Tan Sri Shafie

Walaupun DSNR sudah menjalani hukuman, serkurang kurang nya  kemenangan moral dapat dikecapi bagi membuktikan DSNR sememang mangsa konspirasi dan pendakwaan terpil8h.

30 Oktober, hari penuh debaran bagi penyokong Najib.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker