Speaker maklumkan Syed Saddiq kini duduk diblok pembangkang

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai esok susulan keputusannya untuk menarik sokongan terhadap kerajaan perpaduan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul berkata beliau telah menerima surat daripada presiden Muda itu berhubung permohonan untuk mengubah tempat duduk di dalam Dewan Rakyat.

“Saya telah menerima surat, beliau memohon untuk mengubah tempat, tidak ada masalah, saya telah meminta pihak pentadbiran mengubah tempat beliau ke tempat pembangkang,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen, hari ini.

Semalam, Syed Saddiq dilapor menarik diri sebagai penyokong kerajaan dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat



Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bersidang enam hari bermula hari ini yang memberi tumpuan kepada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) oleh Perdana Menter Anwar Ibrahim.

Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen dijadual selama tiga hari bermula esok dan jawapan oleh kementerian berkaitan pada 18 serta 19 Sept.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania



Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker