DUN Johor bubar hari ini?

DUN Johor bubar hari ini?

Semua parti politik di Johor sedang bersiap sedia bagi pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat, berikutan spekulasi kuat bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan petang ini.

Difahamkan Menteri Besar Hasni Mohammad berkemungkinan akan mengadakan sidang media untuk mengumumkannya selepas mesyuarat khas Umno petang nanti.



Bagaimanapun, Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat memberitahu FMT bahawa beliau masih belum diberitahu mengenai pembubaran meskipun spekulasi hangat diperkatakan.

“Kalau ada pun, Menteri Besar yang akan buat pengumuman. Saya hanya akan dimaklumkan untuk menyediakan kertas kerja yang diperlukan untuk pewartaan,” katanya ketika dihubungi.

Seorang ADUN DAP berkata kepimpinan Pakatan Harapan belum mengeluarkan sebarang arahan lagi tetapi mereka telah mula membuat persiapan sendiri berikutan “khabar angin yang sangat kuat” sejak beberapa hari lalu.

“Ia akan menjadi sukar dengan keadaan ini tetapi kita akan berjuang,” katanya.



Sekiranya DUN Johor dibubarkan hari ini, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran, ini bermaksud ia mesti diadakan pada 22 Mac.

Terdapat cakap-cakap dalam beberapa minggu kebelakangan ini bahawa pilihan raya mungkin ada, dengan majoriti kerajaan pimpinan Barisan Nasional berkurangan satu kerusi berikutan kematian ADUN Kempas daripada Bersatu, Osman Sapian pada Dis lepas.

Johor akan menjadi negeri ketiga yang mengadakan pilihan raya negeri dalam tempoh beberapa bulan selepas rakyat di Melaka dan Sarawak keluar mengundi masing-masing pada Nov dan Dis.

Sekumpulan pemimpin BN mengulas mengenai keperluan untuk mengadakan pilihan raya, dengan harapan gabungan itu dapat memanfaatkan momentumnya daripada kemenangan di Melaka dan Sarawak.



Pada Rabu, Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata kerajaan berada dalam “kedudukan tidak menentu” berikutan kematian Osman dan berkata sekarang adalah masa untuk melakukan pilihan raya memandangkan Umno berada di kedudukan teratas untuk menang.

“Pembangkang takut kerana mereka tahu Umno berada pada kedudukan yang kuat, bukan lemah. Keputusan pilihan raya negeri Melaka adalah buktinya. Kami mendapat keputusan cemerlang di sana,” katanya kepada CNA.

Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil memberitahu Sin Chew semalam bahawa pilihan raya “perlu diadakan dalam masa terdekat untuk mendapatkan mandat rakyat”, meramalkan gabungan itu boleh memperoleh 32 hingga 42 daripada 56 kerusi di negeri itu. FMT

DUN Johor bubar hari ini?




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai



Nora Danish dituduh lakukan syirik

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker