Bursa Malaysia dijangka terus catat aliran penurunan minggu hadapan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan rendah minggu depan berikutan kenaikan kadar faedah, harga minyak yang lebih tinggi dan dolar AS yang lebih kukuh.

Ketua Ekonomi dan Pengurus Dana Inter-pacific Asset Management Bhd Datuk Nazri Khan berkata bon Perbendaharaan AS yang rendah telah menguatkan pandangan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan meminta lebih banyak kenaikan kadar dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Di peringkat domestik, katanya keadaan pasaran secara keseluruhannya masih berhati-hati, dengan kebimbangan mengenai prospek ekonomi global yang lembap menguasai sentimen yang boleh menyebabkan FBM KLCI terus bergerak ke arah 1,400 mata dalam tempoh terdekat.



“Petunjuk daripada sumber tempatan dan luar negara masih berkurangan dan ini akan turut menyebabkan FBM KLCI kurang menggalakkan untuk tempoh yang lama,” katanya.

Nazri berkata saham berharga rendah dan saham pasaran secara menyeluruh turut cuba mencari kestabilan selepas mencatatkan penurunan baru-baru ini.

“Kami melihat trend ini berterusan dalam tempoh terdekat berikutan keadaan pasaran yang lebih tenang yang dapat membantu saham ini mencari lebih banyak kestabilan dalam masa terdekat,” katanya.

Bagi minggu baru berakhir, FBM KLCI diniagakan kebanyakannya rendah dalam persekitaran ketidaktentuan yang berterusan di Wall Street, sentimen berhati-hati dan kekurangan pemangkin baharu.



Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI merosot 7.29 mata untuk mengakhiri minggu ini kepada 1,416.88 berbanding 1,424.17 pada minggu sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 78.43 mata kepada 10,503.84, Indeks FBMT 100 merosot 74.63 mata kepada 10,169.64 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 80.43 mata kepada 10,794.09.

Indeks FBM 70 berkurangan 201.10 mata kepada 13,992.17 manakala Indeks FBM ACE turun 24.73 mata kepada 5,150.51.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan berkurangan 43.15 mata kepada 6,837.20, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 48.58 mata kepada 15,869.59 dan Indeks Tenaga susut 43.80 mata kepada 849.94. Indeks Perkhidmatan Produk Perindustrian merosot 0.67 mata kepada 170.82.



Jumlah dagangan mingguan naik kepada 15.23 bilion unit bernilai RM10.59 bilion daripada 12.50 bilion unit bernilai RM8.37 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menambah kepada 9.65 bilion saham bernilai RM9.25 bilion daripada 7.80 bilion saham bernilai RM7.16 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan waran naik kepada 1.57 bilion unit bernilai RM190.12 juta daripada 1.46 bilion unit bernilai RM169.95 juta minggu lalu.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 3.94 bilion saham bernilai RM1.14 juta daripada 3.17 bilion saham bernilai RM1.03 juta sebelum ini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?



PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah



Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker