Tak guna 1 sen pun dana awam, kata Wee berkait lawatan ke China

Tak guna 1 sen pun dana awam, kata Wee berkait lawatan ke China

Presiden MCA, Wee Ka Siong menafikan dakwaan seorang wakil rakyat DAP berhubung penyalahgunaan dana awam ketika menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ke Beijing.

Beliau merujuk dakwaan Adun Bandar Baru Klang, Teng Chang Khim semalam berhubung penyalahgunaan dana awam kerana beliau turut serta dalam lawatan rasmi perdana menteri itu.



Teng berkata, lawatan ke China adalah aktiviti diplomatik antara dua negara yang diketuai perdana menteri, tetapi lawatan kehormat ke Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (IDCPC) adalah aktiviti antara parti politik, bukannya aktiviti rasmi, justeru ia merupakan penyalahgunaan dana awam.

“Untuk makluman, saya dijemput menyertai perdana menteri dalam lawatan rasminya ke Beijing. Manakala perbelanjaan adalah ditanggung saya sendiri.

“Ditegaskan, tiada satu sen pun wang rakyat digunakan,” kata Wee di Facebook.

Wee berkata, pihaknya sudah lama mengatur pertemuan dengan menteri di IDCPC dan pertemuan kali ini bertujuan mempromosikan hubungan dua hala.



“Kami berharap melalui sesi dialog dan interaksi mengenai pembangunan negara, kita akan dapat mengukuhkan lagi hubungan, yang merupakan objektif lawatan ini.”

Katanya, pemimpin MCA lain yang menyertai lawatan rasmi itu turut mengeluarkan perbelanjaan sendiri, bukannya menggunakan dana awam.

“Kenapa Teng Chang Khim melakukan serangan yang begitu keji, sedangkan kami berhak melakukan kunjungan hormat tersebut?

“Dakwaan yang mengatakan kami menyalahgunakan wang awam atau ditaja oleh agensi kerajaan adalah tuduhan tidak berasas dan tidak benar sama sekali,” katanya sambil menambah pemimpin DAP itu sewajarnya mendapatkan pengesahan sebelum melemparkan tuduhan. FMT



Tak guna 1 sen pun dana awam, kata Wee berkait lawatan ke China

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)



Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker