Sulaiman mulakan tugas sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu

Sulaiman mulakan tugas sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Ketua Menteri, Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pagi ini.

Beliau tiba dan masuk ke pejabatnya secara rasmi pukul 8.30 pagi dengan disambut kira-kira 20 kakitangan pejabat termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamad.

Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu ketika ditemui memberitahu, beliau akan meneruskan segala usaha yang telah digerakkan sebelum ini dan menggalas amanah diberikan rakyat seperti yang dijanjikan.

“Amanah diberikan kali ini bukanlah satu tugasan mudah kerana ini adalah kepercayaan besar diberikan rakyat yang mahukan pertumbuhan ekonomi, dalam masa sama kestabilan politik.

“Apa yang terkandung dalam manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN) akan saya laksanakan segerakan,” katanya.

Terdahulu, Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 pada pukul 12.58 malam semalam, sejurus BN menang besar dan berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Utama Ayer Keroh. K Online

Sulaiman mulakan tugas sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker