Presiden UMNO wajar dengar desakan untuk berundur – Ismail

Presiden UMNO wajar dengar desakan untuk berundur – Ismail

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mesti mendengar luahan dan pandangan pemimpin serta ahli akar umbi yang mendesak beliau untuk berundur dari parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Ahmad Zahid tidak wajar menutup telinga, tanpa memberi sebarang kata putus terhadap desakan kepadanya.

“Presiden kena dengar pandangan daripada semua. Bila Ketua Bahagian UMNO buat kenyataan, beberapa pihak buat kenyataan. Saya harap Presiden UMNO buat pertimbangan sewajarnya. Jangan menutup telinga untuk tidak mendengar langsung pandangan.

“Mungkin untuk kebaikan parti, presiden mesti memikirkan masa depan parti, sama ada perlu kekal kerana dia menang pemilihan dan tak boleh dipecat begitu saja. Presiden kalau mahu dipecat mesti dua pertiga ahli panggil mesyuarat agung luar biasa untuk pecat presiden.

“Tapi presiden juga boleh menarik diri atau berhenti. Itu kuasa yang diberikan Perlembagaan (parti). Presiden perlu memikirkan demi masa depan parti dan jangan menutup telinga (desakan) Ketua Bahagian UMNO, pemuda. Setiap hari kita dengar macam-macam desakan,” katanya.

Semalam, ramai pemimpin UMNO dan ahli akar umbi parti mendesak supaya Ahmad Zahid berundur daripada jawatannya, selepas Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh kemenangan bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 (PRU15). BH

Presiden UMNO wajar dengar desakan untuk berundur – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker