Tak adil – Kamal Adli kecewa


Tak adil – Kamal Adli kecewa

Pelakon, Kamal Adli berpendapat hukuman penjara 28 bulan dua minggu yang dijatuhkan Mahkamah Singapura terhadap individu yang menyerang dan memukul kepalanya dengan cota besi tahun lalu adalah terlalu ringan.

Kamal ketika dihubungi berkata, hukuman itu tidak adil buat dirinya sebagai mangsa dan individu itu menggunakan masalah mental (berhalusinasi) untuk menyerangnya tanpa alasan yang munasabah.

“Saya baru saja dimaklumkan mengenai hukuman yang dijatuhkan terhadap individu berkenaan. Lagipun sepanjang kes ini berjalan, pihak mahkamah di sana tidak menghubungi saya. Tiada telefon, bertanya khabar dan sebarang maklumat mengenai kes ini pun tidak pernah dimaklumkan.



“Bagi saya tidak adil kerana hukuman itu terlalu singkat. Semudah-mudahnya menggunakan alasan berhalusinasi untuk menyerang saya. Bagaimana muncul alasan dia berhalusinasi saya meraba anak buahnya? Nama saya pun tercalar akibat tuduhan itu.

“Selepas dilepaskan nanti adakah dia akan menyerang orang lain sewenang-wenangnya? Bukan pukul pada bahagian bahu, tangan atau kaki tetapi kepala. Saya bukan saja terkesan dari segi kesihatan, malah trauma untuk kembali bekerja selama enam bulan.

“Selain itu, saya juga kecewa dengan pihak penganjur yang tidak bertanggungjawab kerana tidak menyediakan kawalan keselamatan dan sebagainya. Mereka hanya membayar bil hospital saja, namun tidak bertanya lanjut selepas itu,” katanya.

Kamal mengakui tidak pernah membuka mulut mengenai kekecewaannya terhadap pihak penganjur kerana tidak mahu dianggap cuba meraih publisiti murahan serta menganggu siasatan polis.



Menurut Kamal, pendapatannya turut terjejas sepanjang tempoh enam bulan kerana masih trauma untuk keluar bekerja dan berada di tempat awam.

Pada 12 Mac tahun lalu, tertuduh, Muhammad Nabil Rashid, 34, menyerang dan memukul Kamal di kepala dengan cota besi di acara Jualan Mega Hari Raya 2023 di Singapura. Kamal yang cedera di kepala terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura dan terpaksa ditidurkan.

Turut berada di tempat kejadian ialah isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu atas motif ngin membalas dendam kerana beranggapan Kamal mencabul kehormatan seorang saudara wanitanya. HM



Tak adil – Kamal Adli kecewa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan



‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker