Tiada duit bayar gaji sebab akaun bank dibeku SPRM? Boleh ambil “cash” dari bilik tidur

Oleh Norzahira

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun milik parti BERSATU, baru-baru ini. Akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).

Baru beberapa hari dibekukan, Muhyiddin minta pembatalan pembekuan dibuat sebaik siasatan SPRM ke atas akaun parti diselesaikan. Beliau memberi alasan kononnya parti itu akan sukar membayar gaji staf.



Ramai pihak mula mempersendakan kenyataan Muhyiddin tersebut memandangkan apa yang telah dilalui oleh UMNO setelah bertahun-tahun akaun parti tersebut dibekukan oleh Mahathir dan Muhyiddin.

Muhyiddin perlu belajar dengan UMNO. Sengsaranya UMNO bila akaun kena beku. Bertahun-tahun akaun UMNO kena beku. Baru beberapa hari lepas rayuan membekukan akaun UMNO ditarik balik. Mustahil Muhyiddin tidak ada duit lain. Tan Seri Annuar Musa mendakwa dalam bilik hotel Muhyiddin di Sabah duit berlonggok.

Oleh itu, naratif jika tiada duit bayar gaji sebab akaun bank dibeku SPRM? Boleh ambil “cash” dari bilik tidur sedang “trending” di media sosial.

“Saya loncat naik atas kapal terbang pergi ke Sibu…tanya Muhyiddin, saya masuk dalam bilik tidur dia beritahu Umno habis duit di Sabah, tak cukup duit. Berpuluh juta Muhyiddin bagi membantu Umno Sabah,” kata Annuar dalam video yang dimuat naik dua hari selepas PRU15.



Untuk makluman, siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram ke atas akaun Bersatu.

Disember lalu, SPRM mengesahkan sudah menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan COVID-19 daripada Kementerian Kewangan

SPRM dalam kenyataan berkata, fokus siasatan kini adalah terarah kepada RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker