4 syarikat terlibat HSR bukan kroni – Najib

Empat syarikat yang terlibat dalam projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura bukan merupakan syarikat kroni sebaliknya adalah milik rakyat dan merupakan tender terbuka antarabangsa yang diputuskan bersama kerajaan Singapura.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keempat-empat syarikat berkenaan iaitu Gamuda, MRCB, TH Properties dan YTL.

Katanya, pemegang saham terbesar Gamuda ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan (ASW).

“KWSP juga pemilik saham terbesar MRCB manakala TH properties dimiliki Lembaga Tabung Haji.

“YTL pula bukan pun terkenal sebagai kroni ataupun proksi saya tetapi sering dikaitkan dengan seorang individu lain. Bagaimana empat syarikat berkenan didakwa sebagai kroni-kroni saya, saya pun pelik!” katanya melalui satu kenyataan dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang tular dalam media sosial, kononnya dirinya tidak gembira apabila projek HSR ditangguhkan kerana kroni-kroni terlibat dalam projek tersebut. – UTUSAN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker