Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pelakon, Fauzi Nawawi tampil bersuara selepas isterinya, Lisdawati membuat kenyataan kepada media tempatan berhubung dirinya yang pernah diuji tidak mendapat sebarang tawaran lakonan selama lebih empat tahun serta terpaksa menggadai barang berharga selain kereta ditarik.

Menurut Fauzi menerusi video kenyataan di Instagram, pihak terlibat telah tampil memohon maaf dengannya berhubung headline berita yang melibatkan isterinya, Lisdawati.

“Saya terpanggil untuk buat video ini, isu tentang headline tentang isteri saya (Lisdawati). Saya terpaksa menjual barang kemas, kereta kena tarik.

Sebenarnya, hati saya tak tenteram, tapi alhamdulillah petang tadi, wartawan/ editor yang bertanggungjawab buat tajuk berita tu call saya minta maaf. Isu ni sebenarnya salah faham tentang headline je.

Saya nak tutup isu ini, saya pun dah maafkan dia. Harap lepasni takde isu negatif tentang rumah tangga saya. Bagi saya peluang untuk memperbaiki kelemahan saya, keburukan saya selama ni.


Baca Artikel Menarik:

Kenapa saya diceraikan – Adibah

 


Saya dan isteri hidup serba sederhana, tapi alhamdulillah, kami bahagia hingga ke hari ini.”-kata Fauzi

Tidak mahu memanjangkan isu yang tidak berfaedah, Fauzi menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk memperbaiki kehidupan harian bersama keluarga serta insan yang tersayang.

“Saya buat kenyataan untuk menutup isu tentang tajuk berita ini. Tak perlu panjangkan perkara yang tidak berfaedah. Lebih baik kita fokus tentang memperbaiki kehidupan seharian kita bersama keluarga dan orang-orang yang kita sayang.

Cukup setakat InsyaAllah doa yang baik-baik buat semua dan semua doa yang baik-baik itu akan datang balik kepada kita, insyaAllah.”-tulis Fauzi. Mr

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik


Baca Artikel Menarik:

PU Syed ‘tibai’ Dolla

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker