Giliran pemuda PKR Port Dickson keluar parti

100 ahli Pemuda PKR Port Dickson keluar parti, isytihar sokong PN

Seorang pemimpin PKR Port Dickson mendakwa hampir 100 ahli Pemuda bahagian itu keluar parti kerana tidak bersetuju dengan hala tuju parti yang disifatkan hanya bertujuan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Pengerusi tetap Pemuda PKR bahagian itu Amirudin Abdul Wahab mendakwa antara yang bersamanya keluar parti ialah setiausaha dan kesemua 15 ahli jawatankuasa Pemuda Port Dickson.

“Malah parti juga sanggup memecat ahli yang banyak berjasa semata-mata berbeza pandangan dalam perkara kecil. Anggota dikehendaki taksub dengan cita-cita menjadikan Anwar perdana menteri dan siapa yang tidak akur akan dipecat.

“Perbincangan mengenai reformasi dan pembelaan rakyat semakin jauh, sebaliknya tajuk utama hanya berkisar kepada label-melabel dan menyerang sesama sendiri akibat taksub dengan sosok dan cita-cita menjadi perdana menteri,” katanya pada sidang media mengenai perkara itu, di sini hari ini.

Menurutnya, kepimpinan Pemuda PKR Port Dickson juga tergantung selepas ketuanya Mohd Nazir Hamed mendapat undi tidak percaya pada mesyuarat agung tahunan Pemuda 2019, sementara timbalan ketua Muhammad Affandi Abd Malik dan naib ketua Ammar Abd Rashid pula digantung keahlian bulan lalu.

Amirudin berkata, kumpulan itu turut menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

FMT

Anwar mungkin lupa janji tidak guna aset dan jentera kerajaan

Polis tahan pemandu mabuk di PD

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker