Amirudin cadang siar penjelasan DNAA Zahid secara langsung

Amirudin cadang siar penjelasan DNAA Zahid secara langsung

Seorang Ahli Parlimen kerajaan mencadangkan prosiding penjelasan berkaitan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi disiarkan secara langsung.

Amirudin Shari (PH-Gombak) berkata, siaran prosiding itu secara langsung akan membolehkan rakyat mendengar dan memahami isu berkenaan yang kini menjadi polemik.

“Saya percaya proses Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi wajar diadakan secara ‘live telecast’ (siaran langsung) atau pendengaran awam yang boleh didengar rakyat kerana ia telah menjadi isu rakyat.

“Saya tak nak pertahan siapa-siapa di sini, kalau salah (tetap) salah, sebab itu saya minta pendengaran itu bukan dihadiri oleh Ahli Parlimen sahaja.

“Sewajarnya ia dibuat melalui pendengaran terbuka supaya semua pihak boleh mendengar penjelasan peguam negara,” katanya semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat.

Beliau turut mencadangkan pilihan lain termasuk prosiding diadakan secara terbuka menerusi pendengaran awam.

Pengerusi JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, William Leong Jee Keen pada Selasa lalu berkata jawatankuasa itu akan memanggil Ahmad Terrirudin Salleh untuk memberikan penjelasan berhubung keputusan DNAA Zahid. FMT

Amirudin cadang siar penjelasan DNAA Zahid secara langsung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker