UMNO berkubur lebih awal jika Pas tidak tawar kerusi DUN, Parlimen

UMNO berkubur lebih awal jika Pas tidak tawar kerusi DUN, Parlimen

Pas dilihat sukar menawarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri-negeri yang ditadbir mereka sekiranya UMNO berkerjasama dengan parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ketiadaan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) memungkinkan UMNO terkubur lebih awal.



Katanya, ketika ini pun Pas menguasai banyak kerusi DUN dan Parlimen di Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis tidak mungkin UMNO diberikan banyak peluang untuk bertanding.

” Oleh itu, saya berpandangan jika UMNO berada bersama Pas akan timbul masalah dari segi hendak memberikan kerusi kepada UMNO yang seterusnya mungkin mengakibatkan UMNO terkubur,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan I berkata demikian ketika mengadakan tinjauan ke tapak projek Kolej Komuniti Parlimen Pontian di Kampung Parit Haji Abdul Rahman, Benut di sini, pada Jumaat.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor itu menambah, UMNO berpeluang menang di kawasan yang ditandingi Pas sekiranya tidak bersama parti itu.



“Jika UMNO tidak bersama Pas, pastinya kita boleh bertanding di tempat mereka dalam tempoh empat tahun lagi pada pilihan raya akan datang.

“UMNO boleh ambil alih Parlimen dan DUN sekiranya mereka tidak menjalankan tugas dan harapan rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad memberitahu Pas pernah menyebut mahu menggantikan UMNO sebagai parti membela orang Melayu dan Islam sebelum ini.

“Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah sebut hendak menggantikan UMNO begitu juga dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu) pun ada sebut perkara itu.



“Perkataan mengganti UMNO itu merupakan persaingan yang antara UMNO, Pas dan Bersatu,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Mursyidul Am Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata kerjasama semula Pas dan UMNO merupakan satu usaha yang baik namun menjadi cabaran kepada parti itu.

Beliau memberitahu, Pas suatu ketika dahulu pernah ‘menyelamatkan’ UMNO dan menjadi satu perkara positif jika semua pihak tahu pentingnya perpaduan antara Melayu dan Islam.

Sebelum ini media melaporkan Pas tidak menolak untuk bekerjasama semula dengan UMNO di sebalik sejarah ‘pahit’ hubungan kedua-dua parti sebelum ini. Utusan



UMNO berkubur lebih awal jika Pas tidak tawar kerusi DUN, Parlimen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak



Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin



Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker